Biasiswa MyBrain SC 2021: Permohonan Biasiswa PHD, Master & Ijazah Pertama

Berita baik bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian, permohonan biasiswa MyBrain Sc 2021 kini dibuka.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut permohonan biasiswa MyBrain Sc 2021 untuk makluman anda.
Biasiswa MyBrain SC 2021 adalah bertujuan meringankan beban pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Baca Juga: Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021:Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan
Apakah Biasiswa MyBrain Sc 2021?
Permohonan biasiswa MyBrain Sc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah(Ijazah Sarjana dan PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.
Permohonan biasiswa MyBrain Sc ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
Objektif Program Biasiswa MyBrain SC 2021
- Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
- Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;
- Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; dan
- Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak membuat Permohonan biasiswa MyBrain Sc adalah seperti berikut:
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Matematik
Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA:Permohonan Jawatan Kelayakan SPM&PMR
Tarikh Permohonan Biasiswa MyBrain SC 2021
Permohonan biasiswa MyBrain Sc dibuka mulai pada 16 Mac 2021 sehingga 15 April 2021 Jam 11.59 malam

Untuk jawatan kelayakan Diploma & Ijazah klik: Jawatan Kosong RISDA Kelulusan Diploma & Ijazah.
Syarat Permohonan MyBrain Sc 2021
Syarat Permohonan biasiswa MyBrain Sc adalah berdasarkan tahap pengajian iaitu:
A) Kedoktoran (PhD)
- Calon permohonan biasiswa MyBrain Sc adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2021;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
B) Sarjana
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2021;
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
C) Ijazah Pertama
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 adalah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2021;
- Calon Biasiswa MyBrain SC 2021 memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
- Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021
Cara Permohonan MyBrain Sc 2021
- Permohonan Biasiswa MyBrain SC 2021 dibuka mulai pada 16 Mac 2021, jam 6 petang sehingga 15 April 2021, jam 11.59 malam.
- Permohonan Biasiswa MyBrain SC 2021 perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/daftar.php
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
- Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
- Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
- Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
- Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
- Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
- Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi permohonan biasiswa MyBrain Sc adalah seperti berikut:
i) Permohonan peringkat Ijazah Pertama :
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada).
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
ii) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana :
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Ijazah Pertama.
- Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada).
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
iii) Permohonan peringkat PhD :
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Ijazah Pertama.
- Skrol Ijazah Sarjana.
- Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
- Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Senarai Universiti Menawarkan Biasiswa MyBrain SC 2021
Senarai universiti yang layak memohon Biasiswa MyBrain SC 2021 mengikut kategori universiti adalah seperti berikut: Klik kategori universiti untuk senarai penuh.
Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
Muat Turun Borang
Untuk muat turun borang anda boleh klik pautan dibawah:
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/muatturun.php
Contoh senarai borang yang tersedia adalah seperti berikut:

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut Biasiswa MyBrain SC 2021, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/ atau rujuk Soalan Lazim di SINI.
Atau hubungi:
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Bahagian Biasiswa
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Email: mybrainsc@mohe.gov.my
Email teknikal system Pertanyaan / masalah teknikal sistem:
itbiasiswa@mohe.gov.my
(mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal yang dihadapi)
Hotline Cawangan Penawaran: 03 – 8888 1616
Maklumat Urusetia (Penajaan)
Puan Jihan Ajla binti Mohd Nordin:
jihan.nordin@mohe.gov.my
tel: 03 – 8870 6341
Puan Marini Ing binti Abdullah
mariani.abdullah@mohe.gov.my
tel:03 – 8870 6364
Email penajaan: mybrainsc@mohe.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa MyBrain SC 2021 memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com