Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:Cara Permohonan & Syarat Pengeluaran

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:Cara Permohonan & Syarat Pengeluaran

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Baca Juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluarankhas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluarankhas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Baca Juga: Khairat Kematian KWSP RM2500:Permohonan Tuntutan Bantuan Kematian KWSP Pencarum & Waris Perlu Tahu

Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Kerajaan hari ini masih belum mengeluarkan garis panduan khas tentang cara bagaimana untuk membuat permohonan pengeluarankhas KWSP RM10,000 yang diumumkan pada hari ini. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan melalui Kementerian Kewangan mengenai perkara ini sepertimana yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dalam sidang media tadi.

Kami akan mengemaskini melalui keptennews.com tentang cara yang akan dilaksanakan untuk permohonan pengeluarankhas KWSP RM10,000 ini.

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjelasan lanjut dan jelas akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

“Kerajaan mendengar dan meneliti semua pihak untuk pengeluaran,” katanya dalam sidang media khas tadi.

Ketahui Lanjut: Semakan CCRIS Online:Semak Online & Manual Melalui Bank Negara

Syarat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Kerajaan hari ini masih belum mengeluarkan garis panduan khas tentang syarat untuk membuat permohonan pengeluarankhas KWSP RM10,000 yang diumumkan pada hari ini. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan melalui Kementerian Kewangan mengenai perkara ini sepertimana yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dalam sidang media tadi.

Kami akan mengemaskini melalui keptennews.com tentang syarat yang akan dilaksanakan untuk permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini.

Ketahui Juga: Permohonan Permit Umrah:Aplikasi Wajib Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)

Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Kerajaan hari ini masih belum mengeluarkan tarikh untuk membuat permohonan pengeluarankhas KWSP RM10,000 yang diumumkan pada hari ini. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan melalui Kementerian Kewangan mengenai tarikh permohonan ini dibuka sepertimana yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dalam sidang media tadi.

Kami akan mengemaskini melalui keptennews.com tentang tarikh permohonan dibuka untuk permohonan pengeluarankhas KWSP RM10,000 ini.

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Ahli boleh membuat semakan baki akaun 1 & 2 KWSP melalui saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Anda juga boleh semak baki akaun anda atau kemaskini akaun anda di: Semak baki akaun KWSP & Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 atau perkara lain berkaitan anda boleh layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau kunjungi pejabat KWSP terdekat dengan membuat temujanji online terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji KWSP online klik:

Janji Temu Online KWSP

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment