Permohonan Pinjaman PTPTN:Cara Mohon & Login PTPTN Online
Mencari pautan untuk login PTPTN serta cara membuat permohonan Pinjaman PTPTN? Teruskan pembacaan ke bawah untuk ketahui tentang Login PTPTN dan cara permohonan pinjaman.
Pinjaman pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Sekali gus, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Bagaimana cara permemohonan PTPTN? online Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Login PTPTN penting untuk anda tahu kerana dapat memudahkan anda melakukan transaksi hanya dalam talian.
Transaksi login PTPTN termasuk semakan penyata baki pinjaman, permohonan pinjaman baru dan sebagainya.
Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan insturmen yang diwujudkan kerajaan bagi membantu pelajar di pusat pengajian tinggi.
Para pelajar akan diberikan bantuan kewangan untuk membayar yuran pengajian di Universiti/ Kolej serta untuk sara diri ketika melanjutkan pelajaran.
Pinjaman PTPTN menjadi pilihan pelajar ini kerana ianya adalah badan organisasi kerajaan yang mana meluluskan pinjaman pelajaran dengan mudah.
Di sini kami kongsikan pautan untuk anda login PTPTN bagi memudahkan urusan permohonan & semakan PTPTN anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Login SSPN: Cara Daftar e-SSPN Online
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Syarat-syarat memohon pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Telah membuka atau mempunyai akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh memohon PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit anda.
Baca Juga: Duit PTPTN 2022:Semakan Tarikh Duit Masuk Akaun
CARA PERMOHONAN PTPTN ONLINE
Bagi pelajar baru yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN / permohonan kali pertama secara online, pelajar perlu membuat persediaan seperti berikut:
- Membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus di Maybank/Bank Rakyat / Bank Islam / Agrobank / RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN dengan deposit minimum sebanyak RM20.
- Membeli nombor pin PTPTN dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM5.
- Membuat permohonan atas talian melalui laman web rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my . Isi semua maklumat dengan lengkap.
- Menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan atas talian mengikut kelompok.
- Mencetak dua (2) set dokumen perjanjian selepas permohonan berjaya dengan menggunakan kertas A4/80gsm sahaja. Senarai semak disediakan di laman web rasmi PTPTN sekiranya permohonan diluluskan.
- Membeli dua (2) unit setem hasil dengan harga RM10 seunit, di mana-mana cawangan pejabat pos (JANGAN DITAMPAL) dan bawa ke IPT pada hari pendaftaran.
- Menyediakan satu (1) set dokumen sokongan yang diperlukan mengikut senarai semak.
- Membawa semua dokumen perjanjian yang telah dicetak termasuk dokumen sokongan & setem hasil ke IPT masing-masing, tunggu pegawai PTPTN untuk membuat kutipan di IPT pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
PENDAFTARAN DI PORTAL i-PTPTN
Berikut adalah cara untuk membuat pendaftaran di portal i-PTPTN:
1.Sekiranya membeli No PTPTN melalui BSN:
- Layari pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application
- Lengkapkan maklumat berikut untuk membuat pendaftaran:
- No. Kad Pengenalan.
- Tarikh Bayaran (HHBBTT).
- Masa Bayaran (JJMMSS).
- No PTPTN.
- Tekan butang Daftar.
- Lengkapkan maklumat Pendaftaran baru yang diperlukan.
- Klik pada ruagan terma dan syarat dan tekan butang DAFTAR untuk proses seterusnya.
- Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.
2.Sekiranya membeli No PTPTN melalui pembelian online:
- Layari pautan Pendaftaran Permohonan Pinjaman: https://www.ptptn.gov.my/elmaspin-purchase-web/#/
- Pilih menu Pendaftaran Permohonan Pinjaman bagi peminjam baharu.
- Lengkapkan maklumat Pendaftaran baru yang diperlukan.
- Klik pada ruagan terma dan syarat dan tekan butang DAFTAR untuk proses seterusnya.
- Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran.
- Pilih salah satu bank perbankan internet anda.
- Masukkan juga alamat emel anda yang sah. Ticl pada ruangan yang disediakan dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
- Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
- Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.
PERINGKAT JUMLAH PINJAMAN PTPTN
Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan seperti di bawah:
PERINGKAT PEMBIAYAAN | KELAYAKAN |
Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan rihatin Rakyat (BPR). |
75% daripada pembiayaan maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M) |
50% daripada pembiayaan maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR) |
PERLINDUNGAN TAKAFUL PTPTN
Keistimewaan:
- Premium dibayar oleh PTPTN.
- Perlindungan Ringit ke Ringgit (akaun am) dan maksimum RM100,000.00 (akaun amanah).
- Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).
PEMBERHENTIAN PINJAMAN PTPTN
Pinjaman PTPTN akan diberhentikan pinjaman mereka atas sebab-sebab berikut:
- Gagal/berhenti pengajian peringkat/jurusanIPT yanh diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan
- Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN
- Pemalsuan maklumat semasa permohonan
- Peminjam diisytihar muflis
Cara Semak Akaun PTPTN Baki Pinjaman & Status Pinjaman
Cara semak akaun PTPTN anda dengan login PTPTN adalah seperti berikut:
Semakan baki pinjaman PTPTN boleh dilakukan dengan melayari login PTPTN http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Anda cuma perlu login PTPTN dan memasukkan no kad pengenalan andan dan klik semak.
Setelah berjaya login PTPTN, ikuti arahan seterusnya untuk membolehkan anda menyemak baki pinjaman atau penyata akaun anda.
Anda boleh juga terus login PTPTN pada pautan di bawah ini:
https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Selepas anda memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan, klik login PTPTN / log masuk.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Cara Permohonan Pinjaman PTPTN
Untuk membuat pinjaman baharu PTPTN,layari : https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register
Masukkan segala butiran-butiran yang diminta pada borang permohonan online PTPTN tersebut selepas login PTPTN.
Selesai memasukkan, klik daftar dan ikuti langkah-langkah seterusnya.
Baca Juga: Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF 2020
Semakan Tuntutan/Refund Lebihan Bayaran PTPTN
Ada beberapa situasi dimana para peminjam tidak sedar telah membayar lebih pinjaman. Pihak PTPTN akan memberikan refund/ pemulangan semula lebihan bayaran.
Untuk menyemak lebihan bayaran, klik sini. https://www.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/Utama
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Soalan Lazim
1.Adakah Perlu Tunggu Notis Sebelum Membayar PTPPTN?
Para peminjam adakalanya ingin menunggu notis terlebih dahulu daripada PTPTN, barulah mula membuat pembayaran.
Menurut PTPTN, para peminjam tidak perlu menunggu notis daripada mereka untuk memulakan pembayaran.
PTPTN turut menambah, bayaran lebih awal adalah lebih baik kerana ianya tidak akan dikenakan kos upah.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
2.Bila Tarikh Akhir Bayaran Setiap Bulan?
Untuk membolehkan pembayaran anda dikemaskini pada bulan yang sama anda membayar, bayaran perlulah dilunaskan sebelum 27 haribulan.
Pembayaran yang dilakukan selepas 27 haribulan, akan dikemaskini datanya pada bulan hadapan.
Namun, ianya berbeza bagi bayaran terus di kaunter PTPTN. Ini kerana ianya akan dikemaskini pada hari yang sama.
3.Bolehkah Bayaran Kurang Dari Ansuran Bulanan?
Jika bayaran ansuran bulanan adalah RM150, akan tetapi anda cuma membayar RM140, ini akan menyebbakan tunggakan akan bertambah. Hal ini dilarang oleh PTPTN dilakukan. Ini kerana boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil.
Jika anda tidak dapat membayar jumlah yang ditetapkan, anda perlulah hadir ke pejabat PTPTN dan berbincang untuk membuat penstrukturan semula bayaran pinjaman bulanan yang mampu anda lakukan.
4.Bolehkah Bayaran Lebih Daripada Ansuran Bulanan?
Jika anda membayar lebih daripada ansuran bulanan yang diminta, ini akan menyebabkan hutang anda selesai dengan lebih cepat.
Selain itu, ianya akan dapat mengelak kos upah yang dikenakan PTPTN.
Pihak PTPTN amat menggalakkan anda melakukan sebegini.
Soalan Lain Tentang Login PTPTN
5.Bagaimana Cara Bayar PTPTN?
Bayaran PTPTN boleh dilakukan dengan pelbagai medium. PTPTN telah mewujudkan kaedah bayaran balik yang pelbagai. Ianya boleh dilakukan hanya secara online atau hadir ke kaunter.
Lihat sini senarai penuh medium pembayaran PTPTN. https://www.ptptn.gov.my/kaunter-side
Dataf Kelahiran Online JPN di SINI
6.Bagaiman Melakukan Pembayaran Penuh PTPTN?
Jika anda berhasrat untuk membayara penuh secara habis hutang, anda boleh lakukannya dengan hadir ke kaunter atau lakukan secara online.
Namun, anda perlulah memaklumkan kepada pihak PTPTN bagi membolehkan mereka mengeluarkan surat pelepasan hutang (PSH)
7.Bolehkah Membuat Bayaran Dengan Autodebit?
Bayaran PTPTB autodebit lebih memudahkan. Ini kerana anda tidak perlu gusar jika terlepas untuk membayar.
Bayaran akan terus ditolak dari akaun peribadi anda.
Jika anda berhasrat untuk mendaftar pembayaran secara autodebit, lawati pautan ini. https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
8.Bolehkah Membuat Bayaran Secara Potongan Gaji?
Bayaran potongan gaji boleh dilakukan dengan membuat permohonan terlebuh dahulu.
9.Bolehkan Mohon Pengecualian Bayaran Untuk Ijazah Pertama?
Kerajaan memberi galakkan untuk para pelajar mendapatkan Ijazah Kelas Pertama kemudian tidak perlu lagi membuat bayaran hutang.
Kerajaan akan menukar pinjaman PTPTN kepada bentuk biasiswa.
Jika anda salah seorang daripada yang mendapat Ijazah Kelas Pertama ini, dan anda ingin memohon pengecualian bayaran, isi borang permohonan di sini. https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online
Pertanyaan & Maklumat Lanjut Tentang Login PTPTN
Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut atau perkara lain berkaitan, anda boleh hubungi:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman pendidikan PTPTN ini:
Rujuk portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
atau Hubungi Talian Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semoga perkongsian cara permohonan PTPTN online ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang login PTPTN ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN Permohonan Pinjaman PTPTN