Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

soalan lazim permohonan rayuan BPR fasa 2 2021

Permohonan rayuan BPR 2021 bagi pemohon yang berstatus permohonan tidak lulus. Permohonan rayuan dibuka bagi member peluang kepada mereka yang merasakan mereka layak mendapat BPR fasa 2 ini tetapi status permohonan tidak lulus.

Bagi tujuan Permohonan rayuan BPR 2021 tersebut kerajaan telah menyediakan platform kepada mereka yang ingin membuat permohonan rayuan BPR 2021 fasa 2 yang akan dibuka pada bulan JUN nanti,

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

*Nota: Jika anda belum menerima pembayaran Fasa 1, sila rujuk di SINI untuk membuat semakan.

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

soalan lazim permohonan rayuan BPR fasa 2 2021

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Permohonan rayuan BPR 2021

Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

soalan lazim permohonan rayuan BPR fasa 2 2021

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

permohonan rayuan bantuan prihatin rakyat bpr

Tarikh Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2

Untuk makluman, anda boleh membuat Permohonan rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.

Permohonan rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:

  • Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  • Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Kategori Permohonan Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2

Terdapat dua (2) kategori Permohonan rayuan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Syarat Kelayakan BPR

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan permohonan rayuan BPR 2021 bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak permohonan rayuan BPR 2021 mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon permohonan rayuan BPR 2021 merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu

Baca Juga:Amalan Terbaik Malam LailatulQadar:Amalan Sedikit Pahala Banyak

Kenyataan Media Menteri Kewangan Pembayaran BPR Fasa 2 2021

Sebelum membuat permohonan rayuan BPR 2021 fasa 2 baca terlebih dahulu kenyataan media Menteri Kewangan Malaysia bertarikh 4 Mei 2021 seperti dibawah:

kenyataan media menteri kewangan pembayaran bpr fasa 2 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima. Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

jadual bayaran bantuan prihatin nasional 2021 bpr 2021

Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Mengambil kira pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BPR, jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR adalah sebanyak RM4.68 bilion. Mengimbas kembali, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM1.91 bilion kepada golongan B40 juga telahpun dibayar mulai 21 Januari 2021.

Oleh itu, setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan

Putrajaya

4 Mei 2021

lampiran bayaran bpr fasa 2 2021

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan rayuan BPR 2021 anda boleh hubungi:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
  • Soalan Lazim :FAQ Bayaran Fasa Pertama

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan rayuan BPR 2021 ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment