Pinjaman Pelajaran YPJ 2021:Cara Mohon Pinjaman YPJ 2021

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021:Cara Mohon Pinjaman YPJ 2021

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Pemohonan pinjaman pelajaran YPJ 2021 telah dibuka untuk permohonan.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mengalu-alukan pelajar-pelajar anak Negeri Johor yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Pinjaman Pelajaran YPJ Dalam Negara 2021.

Untuk makluman, YPJ adalah sebuah perbadanan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1982 oleh Kerajaan Negeri Johor yang berperanan dalam menguruskan pelajar-pelajar Negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Antara bantuan pelajaran yang diberikan ialah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 dan M40 bagi pembiayaan pelajaran mereka ke IPT.

Permohonan pinjaman pelajaran YPJ 2021 ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang terpilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan pinjaman pelajaran YPJ 2021 Dalam Negara ini dibuka mulai 7 Mac hingga 13 Mac 2021.

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Senarai IPTA & IPTS Layak Memohon Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS berikut layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negara iaitu:

IPTA

  • Semua IPTA di Malaysia (Untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja).

IPTS

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Untuk Diploma sahaja).
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Untuk Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja).
  • Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (Untuk Diploma sahaja).

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Tarikh Permohonan YPJ 2021

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 7 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021.

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Syarat Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Pemohon yang ingin memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negara perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon Pinjaman Pelajaran YPJ 2021 lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Pemohon Pinjaman Pelajaran YPJ 2021 mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPT sebelum memohon pinjaman pelajaran.
  3. Kursus yang diikuti pemohon mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian pemohon Pinjaman Pelajaran YPJ 2021 semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  5. Pemohon tiada penaja lain sama ada pinjaman/biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti pemohon mestilah sepenuh masa.
  7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
  8. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Untuk memhon, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://prolims2.ypj.gov.my/.
  2. Klik permohonan pra pendaftaran.
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Cetak slip permohonan tersebut.
  7. Susun slip dan dokumen permohonan mengikut turutan.
  8. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna Coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  9. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu “Pinjaman Pelajaran.”
  10. Masukkan sampul surat ke dalam peti berkunci di Pejabat YPJ.
  11. Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah Pos yang mempunyai tracking number.
  12. Sampul surat tersebut perlu dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Pelajaran Johor,

No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,

Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar,

Karung Berkunci 711,

80990 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim.

Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

Muat Turun Borang & Cara Hantar Borang Permohonan

Klik SINI untuk muat turun borang

Cara menghantar borang dan dokumen adalah seperti di bawah:

  • Susun dokumen permohonan mengikut turutan
  • Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  • Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”
  • Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  • Hantar dokumen anda ke alamat seperti diatas
  • Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan terlebih dahulu dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

*NOTA: TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

Dokumen Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama slip permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Sijil Kelahiran
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  4. Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (Slip Gaji/ Penyata Pendapatan) (Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)/tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan, sila muat turun dan lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan di http://portal.ypj.gov.my/wp-content/uploads/2017/07/Pengesahan-Pendapatan-Pinjaman-2020.pdf
  5. Salinan Surat Tawaran IPT
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  7. Salinan Sijil SPM
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  10. Lain-lain Dokumen Berkaitan

Adalah diingatkan bahawa kesemua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A/Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi JKKK/yang setaraf dengannya.

Pinjaman Pelajaran YPJ 2021

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak YPJ di talian 07-234 4355 atau menghantar email ke pinjamanpelajaran@ypj.gov.my

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

atau hubungi YPJ melalui whatssapp seperti di bawah

  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

 Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pinjaman pelajaran YPJ 2021 dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment