Wang Pendahuluan PTPTN: Semak Kelayakan & Tebus RM1500

Wang Pendahuluan PTPTN: Semak Kelayakan & Tebus RM1500

SEMAKAN STATUS WANG PENDAHULUAN PINJAMAN PTPTN 2022:CHECK KELAYAKAN & CARA TUNAIKAN RM1500

Semakan Status WPP PTPTN 2022 Wang Pendahuluan Pinjaman|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2022 secara online. Untuk makluman anda, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2022 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi PTPTN.

Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Duit PTPTN 2023:Semakan Tarikh Masuk Akaun

Tarikh Semakan Wang Pendahuluan PTPTN 2022

Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP mulai bulan Oktober 2022 melalui portal rasmi PTPTN.

Artikel Lain: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) Cara Mohon

Tempoh Sah Laku Wang Pendahuluan PTPTN 2022

Tempoh sah laku untuk penuaian WPP ini adalah selama dua bulan bermula 5 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022.

Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar itu sendiri (wakil adalah tidak dibenarkan).

Baca Juga: Diskaun PTPTN Bajet 2023 Sehingga 20%

Semakan WPP PTPTN 2022 Wang Pendahuluan Pinjaman

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2022

Cara Semakan Status WPP PTPTN Online

Cara untuk Semak Status WPP PTPTN adalah seperti berikut:

1.Sila layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:

KLIK : https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Carian’ untuk semakan.

Kaedah Menunaikan WPP

Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP):

1.Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.

2.Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

3.Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.

4.MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan PTPTN

Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

2. Pelajar adalah warganegara Malaysia.

3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam &  Politeknik.

4. Tidak pernah menerima WPP.

Soalan Lazim

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)​

1. Apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT

2. Apakah syarat-syarat WPP?

Syarat-syarat WPP adalah:

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

3. Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

4. Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

5. Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
  • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

6. Bilakah tempoh penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.

Contoh:

Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.

Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.

7. Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima www.ptptn.gov.mysahaja.

8. Adakah WPP diberi secara percuma?

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

9. Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?

Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:

  • Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
  • Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.
  • Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran

10. Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?

Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

11. Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?

Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

12. Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?

Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT

13. Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?

Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan masing-masing.

Baca Juga: Permohonan Pinjaman PTPTN:Cara Mohon & Login PTPTN Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Status WPP PTPTN

Sebarang pertanyaan tentang Semakan Status Wang Pendahuluan PTPTN atau maklumat lanjut berkaitan Wang Pendahuluan PTPTN, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 – 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Wang Pendahuluan PTPTN ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment