Keputusan Permohonan UPU 2022: Cara Semakan Keputusan Sesi 2022/2022

Keputusan Permohonan UPU 2022: Cara Semakan Keputusan Sesi 2022/2022

Semakan Keputusan Permohonan UPU sesi kemasukan 2022/2023 boleh mula dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini oleh Kementerian Pengajian Tinggi KPT. Semakan keputusan permohonan UPU ini adalah bagi calon yang telah memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2022/2023 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semakan keputusan itu boleh dilakukan secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari. Semua calon boleh mula menyemak keputusan permohonan yang telah dibuat baru-baru ini. Calon perlu semak kerana bagi calon yang berjaya melanjutkan pelajaran anda perlu membuat pengesahan setuju terima kemasukan sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya Semakan Keputusan Permohonan UPU anda boleh mula membuat rayuan terus kepada UPU secara atas talian yang juga akan dibuka tarikh yang akan diberitahu kelak.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan keputusan UPU 2022 serta tarikh penting untuk semua pemohon UPU sesi akedemik 2022 / 2023.

Semakan Keputusan UPU 2021: Cara Semakan Keputusan Sesi 2021/2022

Cara Semak UPU Online

Semakan Keputusan Permohonan UPU boleh dilakukan melalui pautan https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login atau https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Dianggarkan talian Semakan Keputusan Permohonan UPU akan sibuk pada hari pertama semakan keputusan permohonan UPU sesi kemasukan 2022/2023 dibuka. Anda dinasihatkan untuk bersabar untuk menyemak keputusan anda.

Jika berjaya kami di keptennews.com mengucapkan tahniah kepada anda jika tidak berjaya jangan putus asa anda boleh terus mengemukakan rayuan Semakan Keputusan Permohonan UPU. Setelah berjaya anda dinasihatkan membuat pengesahan setuju terima tawaran kemudian anda boleh mula menyemak tawaran biasiswa bagi meringankan beban kewangan anda semasa melanjutkan pelajaran. Antara bantuan kewangan yang anda mungkin berminat semak di bawah:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Cara Semak Keputusan UPU Sesi 2021/2022 Online

Baca Juga: Temujanji Online JPN: Cara Buat Temujanji di mytemujanji.jpn.gov.my

Tarikh Pengesahan Setuju Terima Tawaran UPU Sesi 2022 / 2023

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak bermula tarikh yang akan dikemaskini kelak di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Semakan Keputusan Permohonan UPU

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya bermula tarikh yang akan diberitahu kelak selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Tarikh Rayuan UPU & Cara Membuat Rayuan 2022/2023

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari bermula pada tarikh keputusan UPU 2022 dikeluarkan.

Bagi rayuan Kolej Komuniti dan ILKA, permohonan boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline,” katanya.

Baca Juga: Permohonan TUDM :Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Semakan Penempatan UPU 2022

Pada masa sama, KPT berkata, tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

KPT berkata, dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Semakan Keputusan Permohonan UPU 2022 boleh menghubungi di talian 03 – 8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774 atau

emel: emelupu@mohe. gov.my,

layari: Facebook KEMASUKAN BPKP JPT, Instagram@KEMASUKANBkpa,

Sistem Maklum Balas: https://jpt.mohe.gov.my/

maklumbalas/UPUChat :http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Semakan Keputusan Permohonan UPU sesi kemasukan 2022 / 2023 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment