Muet Gantian 2021:Permohonan Menduduki MUET/CEFRR 2021
MUET gantian 2021 diperkenalkan bagi memudahkan calon-calon yang terlepas MUET tahun sebelum ini yang terkesan dengan Pendemik Covid-19 menduduki semula peperiksaan tersebut.
Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia
IbuBapa wajib tahu: Cara Login APDM IbuBapa:Kemaskini Pangkalan Data Murid 2021

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Bagi calon Muet yang terjejas, anda boleh mendaftar MUET gantian dengan membuat permohonan menduduki MUET/ CEFRR 2021.
Pandemik Covid -19 telah memberikan impak yang sangat ketara kepada kehidupan seharian kita. Begitu juga dengan sektor pendidikan.
Rata-rata calon peperiksaan besar berasa terumbang-ambing. Semoga pandemik ini berakhir dengan cepat.
IbuBapa juga perlu tahu: Login Portal DELIMa KPM 2021
Syarat Permohonan Menduduki MUET gantian 2021/CEFFR
Calon boleh membuat permohonan untuk menduduki MUET/CEFFR sekiranya :
- Positif Covid-19
- Kontak rapat positif-19 dan dikuarantin.
- Bergejala.
- Masalah pengangkutan awam.
Permohonan hendaklah disertakan dengan bukti sokongan. Bagi calon dalam kategori 1,2 dan 3, calon perlu menyertakan surat doktor/surat Pejabat Kesihatan Daerah/ Laporan ujian calitan (Swab test) dan bagi calon kategori 4, anda hendaklah menyertakan bukti pembatalan tiket penerbangan/bas.
Nak tahu menu menarik dalam DELIMA KPM 2021? KlikĀ Menu Menarik Delima KPM
Cara Pendaftaran Ujian MUET Gantian 2021
Cara pendaftaran ujian MUET gantian adalah seperti berikut:
Hanya pendaftaran dalam atas talian sahaja boleh digunakan. Layari laman sesawang seperti dibawah.
http://apps.mpm.edu.my/muetganti/public/register
Tarikh Pendaftaran Ujian MUET/CEFFR 2021

Sekiranya anda berada dalam kategori yang dinyatakan diatas, anda perlu membuat pendaftaran Ujian MUET GANTIAN 2021/CEFFR pada tarikh 15 Februari 2021 sehingga 23 Februari 2021.
Tarikh diatas amatlah penting. Ini kerana permohonan selepas tarikh tersebut adalah tidak akan dilayan.
Selain itu,pendaftaran adalah percuma. Pastikan anda tidak ditipu sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan.
Pemohon hendaklah memilih pusat peperiksaan yang betul. Ini kerana pertukaran pusat peperiksaan selepas pendaftaran tidak akan dilayan.
Tarikh Ujian MUET/CEFRR
Tarikh ujian MUET/CEFRR dijangka akan dilaksankan pada 29 Mac 2021. Sekiranya ada pindaan,calon hendaklah menghubungi pihak MPM.
baca juga: DidikTV TV Pendidikan KPM:Semakan Saluran & Waktu Siaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor MPM di bawah.
03-61261600- Majlis Peperiksaan Malaysia
Terima kasih. Semoga semua perkongsian tentang MUET gantian 2021 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com