No Pin UPU 2021: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)

No Pin UPU 2021

No Pin UPU 2021: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)

Nombor ID Unik atau No Pin UPU 2021 diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi.

No id unik ini hanya boleh dibeli dengan Bank Simpanan Nasional.

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:

  1. Pembelian tunai di kaunter BSN
  2. Beli nombor pin UPU di mesin ATM
  3. Pembelian melalui kemudahan SMS

Di bawah ini diterangkan lebih lanjut cara membuat pembelian melalui ketiga-tiga cara di atas:

Baca Juga: Soalan PKSK 2021: Soalan Dan Jawapan Terbaik PKSK

Pembelian Tunai Di Kaunter BSN

Berikut cara beli Beli Tunai Di Kaunter BSN

No Pin UPU 2021

Salah satu cara beli no pin upu BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Melalui ini, kita tak perlu ada akaun bank BSN. 

Apa dokumen yang perlu dibawa ketika membuat pembelian?

Pelajar hanya perlu membawa Kad Pengenalan dan ke kaunter BSN berhampiran.

Lepas tu, nanti kena isi borang pembelian tunai seperti sampel di bawah.

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

No Pin UPU 2021

Mudah kan?

*Lihat sampel Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Beli No Pin UPU 2021 atau No Pin UPU BSN Melalui ATM

Berikut cara beli Beli No Pin UPU 2021 atau No Pin UPU BSN Melalui ATM

No Pin UPU 2021

Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli No Pin UPU 2021 atau no unik ID UPU ini melalui ATM saja.

Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.

Bagaimana?

Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk proses pembelian:

  1. Masukkan kad BSN.
  2. Pilih Beli Nombor ID (Pin) No Pin UPU 2021.
  3. Pilih Program Kursus.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  5. Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM

Beli No Unik ID BSN Melalui SMS

Berikut cara beli Beli No Unik ID BSN Melalui SMS

Pengguna yang ingin membuat pembelian No unik id melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.

Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  7. Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  8. Kemudian, SMS ke 36898  dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
  9. contoh : PIN 567890 SPM 950101010101
No Pin UPU 2021
  • *Nota M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

IbuBapa wajib tahu: Cara Login IQ NILAM: Rekod Bacaan Murid 2021.

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2021

Tarikh pembelian No Pin UPU 2021 BSN ini bermula pada Februari 2021 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.

Di bawah contoh tarikh pembelian no pin UPU 2020.

No Pin UPU 2021

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Harga No Pin UPU 2021 BSN

Harga No unik id BSN adalah bergantung kepada jenis program.

Untuk makluman, harga unik id BSN ialah RM15.60.

Jika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:

No Pin UPU 2021

*Lihat senarai Pembelian Pin BSN di sini.

Untuk pendaftaran UPU sila baca: UPU Online 2021 KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

untuk maklumat lanjut hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di

: 1300 88 1900

atau

Layari https://www.bsn.com.my/

 Terima kasih. Semoga semua pemohon UPU berjaya dengan jayanya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment