Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Permohonan PPC 2021

Permohonan PPC 2021 akan dibuka secara dalam talian bermula 15 MAC 2021.

Permohonan PPC 2021 Calon-calon yang layak dipelawa membuat Permohonan PPC 2021 untuk mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk membuat permohonan PPC 2021 bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam.

Berikut dikongsikan maklumat tentang Permohonan PPC 2021 bagi Pengajian Islam. Untuk maklumat permohonan PPC 2021 yang lain anda boleh layari https://www.moe.gov.my/en/biasiswa-dan-pembiayaan/penajaan-kpm

Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA 2021: Jawatan Ditawarkan & Cara Mohon

Program PPC 2021

Serba sedikit tentang PPC 2021 adalah seperti berikut:

  • Nama Program : Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian luar negara selama empat (4) tahun.
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu (1) tahun.

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh Malaysia menyebabkan keperluan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) berkesan di sekolah KPM meningkat.

Permohonan PPC 2021

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Matlamat Program PPC 2021

Matlamat program PPC 2021 adalah seperti berikut:

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh Malaysia memerlukan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti dan berkesan di sekolah KPM.

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Syarat Kelayakan Asas Permohonan PPC 2021

Syarat asas bagi Permohonan PPC 2021 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon SPM tahun 2020.
Permohonan PPC 2021

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan PPC

Bidang pengajian PPC 2021 dan syarat asas Permohonan PPC 2021 adalah seperti berikut:

  1. Bidang Bahasa Arab (Lughah)

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Arab,
  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

2. Bidang Pengajian Islam

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab,

  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

3. Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Arab,
  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

Calon Tidak Layak Membuat Permohonan PPC

Calon-calon yang tidak layak memohon permohonan PPC 2021 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Cara Membuat Permohonan PPC

Cara membuat Permohonan PPC 2021 adalah seperti berikut:

  • Permohonan PPC 2021 hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.
  • Permohonan PPC 2021 akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan video pengajaran (VP), video kecergasan fizikal (VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  • Permohonan PPC 2021 hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Maklumat & Perhatian Pemohon

Maklumat lain untuk perhatian Pemohon semasa membuat Permohonan PPC 2021 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  • Pemohon Permohonan PPC 2021 perlu menyemak tarikh-tarikh penting (LAMPIRAN B) Proses Pengambilan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam Jun 2021, walau bagaimanapun KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
Permohonan PPC 2021

Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.

Peringatan Penting Permohonan PPC

Berikut peringatan penting untuk diambil perhatian oleh pemohon Permohonan PPC 2021:

  • Pemohon permohona PPC 2021 yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
  • Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2021 (11.59 MALAM)

Permohonan PPC 2021

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan

permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3 , BLOK 2250

JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6760/ 6733

layari : http://ipgm.moe.edu.my/

Emel : jpp@ipgm.edu.my

 Terima kasih. Semoga semua pemohon permohonan PPC 2021 berjaya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment