
Soalan PKSK 2021: Soalan Dan Jawapan Terbaik PKSK.
Semakan contoh soalan PKSK 2021 berserta dengan jawapan terbaik bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Ujian pksk melibatkan syarat kemasukan sekolah berasrama penuh termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Wajib ambil jika mahu masuk sekolah sekolah ini. Semak Soalan PKSK 2021 untuk maklumat.
Ramai yang meminta pertolongan supaya dapat membantu sebagai persediaan ujian pksk termasuk senarai contoh Soalan PKSK 2021 kali ini
Masing-masing mengharapkan agar dapat melepasi ujian PKSK ini untuk masuk ke sekolah yang diinginkan.
Oleh itu, kepada kalangan pelajar dan guru sekolah yang mahu mendapatkan koleksi contoh Soalan PKSK 2021 Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, ini perkongsian untuk anda seperti di bawah ini secara dalam talian:
Baca Juga: UPU Online 2021 KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Format PKSK Soalan PKSK 2021
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagia kepada 3 bahagian

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (20 peratus)
- Bahagian B: Kecerdasan Intelektual (70 peratus)
- Bahagian C: Artikulasi Penulisan (10 peratus)
(i) Kecerdasan Insaniah
Anda akan diberikan soalan soalan dalam menilai tahap rohani, insaniah dan emosi dalam diri anda
(ii) Kecerdasan Intelektual
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online
Anda perlu menjawab juga, 10 soalan dalam Bahasa Inggeris
Anda diberikan masa selama 90 minit untuk menjawab Bahagian A dan Bahagian B
Dalam bahagian ini, anda akan dinilai tahap pengetahuan am yang anda ada cara anda menyelesaikan masalah serta tahap kecerdasan intelek anda
(iii) Artikulasi Penulisan
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Untuk kemasukan tingkatan 1, anda perlu menulis esei sebanyak 100 patah perkataan
Untuk kemasukan tingkatan 4, anda perlu menulis esei sebanyak 250 patah perkataan
Esei ini perlu disiapkan dalam tempoh 45 minit sahaja
SUMBER:https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk
Contoh Soalan PKSK 2021




Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM
Tips Bagi Jawapan PKSK Terbaik
Untuk pelajar tahun 6
Untuk pelajar tahun 6, Anda dinasihatkan supaya menelaah buku teks sejarah tahun 6 dan juga perlu baca isu semasa dan berita semasa di Malaysia untuk menjawab Soalan PKSK 2021 dengan lebih mudah.
Untuk contoh Soalan PKSK 2021 yang melibatkan Kecerdasan Insaniah (EQ SQ dan SSQ), anda perlu memilih jawapan yang PALING POSITIF bagi membolehkan anda mendapatkan markah yang tinggi dalam pksk
Kami sarakan untuk anda baca semula, buku teks dan buku rujukan bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk tahun 3, tahun 4 dan tahun 6
Banyak buat soalan KBAT
Banyak buat karangan Bahasa Melayu. Antara soalan ramalan PKSK bagi soalan esei ini adalah pengalaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan PKP atau aktiviti yang anda lakukan sepanjang PKP.
Ataupun boleh juga keluar tajuk seperti takrifan dan maksud covid 19 yang anda fahami dan perlu huraikan punca, langkah langkah mengatasinya dan kesan wabak covid 19 yang melanda di Malaysia
IbuBapa wajib tahu: Cara Login IQ NILAM: Rekod Bacaan Murid 2021.
Untuk pelajar Tingkatan 3
Bagi Tingkatan 3 kami akan cuba kemaskini soalan PKSK terbaru 2021 setelah dibuat kajian menyeluruh tentangnya kelak.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021
Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2022
Tarikh permohonan PKSK 2022 dilanjutkan sehingga: 31 Diember 2021
Semakan pusat PKSK boleh di buat mulai: 7 Januari 2022
Tarikh menduduki PKSK 2022:
- Tingkatan 1: 17 hingga 27 Januari 2022
- Tingkatan 4: 7 hingga 17 Februari 2022
Tarikh semakan Keputusan PKSK 2022: 15 Mac 2022
Permohonan rayuan PKSK 2022: 15 hingga 19 Mac 2022
Artikel Lain: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL
Soalan Lazim PKSK
1. Apa tujuan PKSK ini diadakan
Sebagai satu penilaian bagi membolehkan anda diterima masuk ke MRSM, SBP, MKA, Kolej Vokasional KV, Sekolah Menengah Teknik disebabkan peperiksaan PT3 dan peperiksaan UPSR dibatalkan
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)?
PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?
Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
10. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon PKSK 2022 boleh mengakses sistem permohonan PKSK 2022 di pautan:
- https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
- https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.
Terima kasih. Semoga semua murid berjaya menjawab soalan PKSK dengan jayanya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com