Tarikh Cuti Sekolah Akhir Tahun 2022
Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal 3 (Disember) dan Cuti Akhir Persekolahan (Feb-Mac) serta Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan tahun 2022 seperti Hari Krismas, Tahun Baru 2023 serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2022 / 2023.
Anda juga boleh rujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti. Bagi mereka yang ingin merancang program semasa cuti anda boleh terus membaca untuk mengetahui tarikh cuti sekolah akhir tahun 2022.
Datesheet rasmi untuk cuti sekolah 2022 Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran. Sebagai sebahagian daripada kalendar cuti sekolah 2022 Johor,cuti sekolah 2022 Sabah, cuti sekolah 2022 KPM, kalendar percutian sekolah 2022 yang mengagumkan telah dikeluarkan untuk maklumat pelajar.
Berikut dikongsikan tarikh cuti sekolah akhir tahun 2022 serta infografik lengkap untuk panduan anda.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
Cuti Sekolah Malaysia 2022 dan 2023
Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2022 dan 2023 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.
Baca disini: Biasiswa Kecil Persekutuan:Permohonan BKP Online
Cuti Penggal 3 KPM (Cuti Akhir Tahun 2022)
Seperti yang kita sedia maklum, susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2021 / 2022 ke penggal 3. Oleh itu, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya bermula pada awal tahun.
Cuti akhir tahun juga telah dianjak kepada bulan Februari – Mac.
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk anda save siap-siap dalam kalendar anda:
KUMPULAN A
Cuti Penggal 3 : 9 Disember 2022 – 31 Disember 2022
Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
Cuti Akhir Persekolahan : 17 Februari 2023 – 11 Mac 2023
*Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
KUMPULAN B
Cuti Penggal 3 : 10 Disember 2022 – 31 Disember 2022
Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
Cuti Akhir Persekolahan : 18 Februari 2023 – 12 Mac 2023
*Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Artikel lain: Senarai Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & BIasiswa Pelajar IPT Terkini
Takwim Persekolahan Sesi Persekolahan Penggal 3, 2022/2023
Berikut dikongsikan lampiran takwim persekolahan bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2022/2023 yang diumumkan oleh KPM.

NOTA:
Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

NOTA:
Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Tarikh Mula Persekolahan Sesi 2023 / 2024
Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Sesi 2023 / 2024 akan bermula pada 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.
Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan 2023 / 2024 akan bermula mulai pada 11 Mac 2023.
Sila rujuk Kalendar Akademik Penggal 3 dan Takwim Persekolahan 2022 / 2023 seperti di atas.
NOTA:
Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
NOTA:
Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan tarikh cuti sekolah akhir tahun 2022 atau pertanyaan lain berkaitan tarikh cuti sekolah, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim
Sila lawat moe.gov.my untuk pengumuman asal.
Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.
Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai tarikh cuti sekolah akhir tahun 2022 ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com