
UPU Online 2021 KPT: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Harap maklum, permohonan UPU Online 2021 KPT (Sesi Akademik 2021/2022) akan dibuka pada 4 Januari 2021 (Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 (Jam 5 petang).
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang syarat, cara permohonan dan panduan UPU Online 2021 KPT

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40
Syarat Am / Pemilihan Program
Pemilihan program UPU Online 2021/2022 boleh dibuat seperti berikut :
LEPASAN SPM
- Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
- Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).
*Klik disini untuk menyemak Syarat Am Lepasan SPM.
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
Berdasarkan :
1.STPM
- Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2022
2.MATRIKULASI / ASASI
- Keputusan peperiksaan hingga semester 1
3.STAM
- Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )
- Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )
4.LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
- Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
- Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

15 Panduan Permohonan UPU Online 2021 KPT
Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon UPU Online 2021/2022:
- Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Layari portal rasmi UPU.
- Pastikan kategori anda betul.
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Kira merit.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM

Tarikh Pembelian No. Unik ID BSN
Pembelian No. Unik ID BSN UPU Online 2021/2022 mulai Februari 2021.
IbuBapa wajib tahu: Cara Login IQ NILAM: Rekod Bacaan Murid 2021.
Panduan Memilih Program UPU Online 2021 KPT
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021

Baca Juga: Cara Guna Google Meet: Cara Login Lengkap
Dasar Pemilihan Meritokrasi
Dasar pemilihan UPU Online 2021 KPT adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

Para Guru Mesti Tahu: Cara Buat Google Form Kuiz & Kehadiran Online
Maklumat Lanjut Tentang UPU Online 2021 KPT
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2021, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:
Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon UPU.
e-Panduan
- e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Kalendar Akademik (Takwim)
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
Aduan
- Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.
Anda juyga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.
Terima kasih. Semoga semua pemohon berjaya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com