Cara Memohon STR 2024

Cara Memohon STR 2024

Cara Memohon STR 2024: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan tunai kepada rakyat untuk tahun 2024 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR 2024)

• Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

• Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

• Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 .

• Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.

• Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan.

• Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. • Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Cara Memohon STR 2024 serta maklumat lain berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Panduan Cara Memohon STR 2024

Cara Memohon STR 2024 Secara Dalam Talian

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Cara Memohon STR 2024 Hadir ke Pejabat LHDNM

• Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 (HASiL)

• Pejabat Satelit HASiL

• Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

Maklumat Penting Permohonan Baru & Kemaskini STR 2024

  • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Cara Penghantaran Borang Memohon STR 2024 & Dokumen Sokongan

• Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini  permohonan atau permohonan baharu; atau

• Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri  Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau

• Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan

Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Pengenalan

1. S: Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

J: Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

2. S: Siapakah yang layak memohon STR 2024?

J: Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a. Isi Rumah

i. Kahwin; atau

ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

b. Warga Emas Tiada Pasangan

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

c. Bujang

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan

iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan

v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Sambungan

3. S: Bilakah permohonan STR akan dibuka?

J: Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

4. S: Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

J: Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

5. S: Bilakah tarikh Permohonan dan Pembayaran STR?

J: Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

BilTarikh Penghantaran Borang Permohonan (Dalam Talian dan Borang Kertas)Tarikh Pembayaran
1.1 November 2023 – 30 November 2023Februari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
3.1 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.1 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024

Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Pembayaran

6. S: Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

J: Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah
STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah
STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah

S: Bilakah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuat?

J:

Bil.Fasa PembayaranTarikh Bayaran
1Fasa 1Februari 2024*
2Fasa 2April 2024*
3Fasa 3Ogos 2024*
4Fasa 4November 2024*

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

8. S: Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

J: Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

a. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

i. Tiada maklumat akaun bank

ii. Status pengkreditan gagal kredit

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Memohon STR 2024 atau perkara lain berkaitan Cara Memohon STR 2024 anda boleh hubungi:

Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747

E-mel: str@mof.gov.my

Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Alamat Kementerian Kewangan

Sekretariat STR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Presint 2, 62592 Putrajaya

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Memohon STR 2024 ini memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan STR 2024, insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment