Wang Pendahuluan PTPTN: Semak Kelayakan & Tebus RM1500
SEMAKAN STATUS WANG PENDAHULUAN PINJAMAN PTPTN :CHECK KELAYAKAN & CARA TUNAIKAN RM1500
Semakan Status WPP PTPTN Wang Pendahuluan Pinjaman|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun secara online. Untuk makluman anda, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi PTPTN.
Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja :Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Duit PTPTN :Semakan Tarikh Masuk Akaun
Tarikh Semakan Wang Pendahuluan PTPTN
Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP mulai bulan Oktober melalui portal rasmi PTPTN.
Artikel Lain: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) Cara Mohon
Tempoh Sah Laku Wang Pendahuluan PTPTN
Tempoh sah laku untuk penuaian WPP ini adalah selama dua bulan
Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar itu sendiri (wakil adalah tidak dibenarkan).
Baca Juga: Diskaun PTPTN Sehingga 20%
Semakan WPP PTPTN Wang Pendahuluan Pinjaman
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN
Cara Semakan Status WPP PTPTN Online
Cara untuk Semak Status WPP PTPTN adalah seperti berikut:
1.Sila layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK : https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/
2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Carian’ untuk semakan.
Mohon di sini: Jawatan Kosong RISDA 2024
Kaedah Menunaikan WPP
Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP):
1.Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
2.Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
3.Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
4.MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan PTPTN
Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
2. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik.
4. Tidak pernah menerima WPP.
Soalan Lazim
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
1. Apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT
2. Apakah syarat-syarat WPP?
Syarat-syarat WPP adalah:
- Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
- Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
- Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
- Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
- Pelajar tidak mempunyai hutang WPP
3. Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
4. Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?
Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.
5. Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
- Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
- MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
6. Bilakah tempoh penunaian WPP?
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.
Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.
7. Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima www.ptptn.gov.mysahaja.
8. Adakah WPP diberi secara percuma?
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
9. Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:
- Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
- Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.
- Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran
10. Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
11. Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
12. Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT
13. Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan masing-masing.
Baca Juga: Permohonan Pinjaman PTPTN:Cara Mohon & Login PTPTN Online
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Status WPP PTPTN
Sebarang pertanyaan tentang Semakan Status Wang Pendahuluan PTPTN atau maklumat lanjut berkaitan Wang Pendahuluan PTPTN, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 – 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Wang Pendahuluan PTPTN ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com