Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Insentif  PTPTN anak Sarawak

Semakan insentif PTPTN anak Sarawak diwujudkan khas untuk anak-anak Sarawak mendapat pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Anak-anak Sarawak yang merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berpeluang untuk menerima pengurangan bayaran balik PTPTN sebanyak 30% melalui Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Semakan PTPTN anak Sarawak yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta melibatkan 9,000 peminjam dari negeri tersebut.

Matlamat utama Semakan insentif PTPTN anak Sarawak Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban peminjam anak-anak Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

Untuk makluman anda, kerajaan negeri Sarawak melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM30 juta sebagai dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman bekas pelajar dari negeri ini dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagi mereka yang belum membuka akaun SSPN anda sekarang boleh membuka akaun SSPN secara atas talian. Klik BUKA AKAUN SSPN ONLINE.

Oleh itu, peminjam tidak perlu memohon insentif ini sebaliknya penerima insentif ini dipilih setelah melalui tapisan PTPTN bagi memastikan penerima insentif ini adalah mereka yang menepati syarat dan layak sahaja.

Para peminjam boleh membuat Semakan insentif PTPTN anak Sarawak secara atas talian mulai 9 Mac 2021 untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan insentif ini atau tidak.

Wajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan

Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Kategori Peminjam Yang Layak Semakan Insentif PTPTN Anak Sarawak

Semakan insentif anak Sarawak ini hanya diberikan kepada peminjam yang layak dalam kategori berikut:

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak.
  • Pemohon telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman.
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal atau berhenti pengajian).

Adalah diingatkan bahawa peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

Baca Juga :Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis

Contoh Pengiraan Pengurangan Byaran Balik 30% PTPTN

Bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai perngurangan bayaran balik sebanyak 30% ini, sila ikuti jadual pengiraan di bawah:

PerkaraJumlah (RM)
Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan15,000
Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang5,000
Baki pinjaman10,000
Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak3,000
Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam7,000

Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.

Cara Membuat Semakan Insentif PTPTN Anak Sarawak

Untuk peminjam yang ingin mengetahui sama ada mereka layak untuk menerima insentif ini boleh membuat semakan melalui langkah-langkah semakan seperti berikut:

Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR

Insentif  PTPTN anak Sarawak

Baca Juga:Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Soalan Lazim

1.Bagaimanakah kaedah pelaksanaan pemberian insentif ini?

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. Pihak PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

2.Bagaimanakah kaedah semakan status pemberian insentif ini?

Semakan penerima boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.

3.Adakah peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman layak untuk menerima insentif ini?

Tidak. Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

4.Bilakah insentif ini akan tamat?

Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pertanyaan lanjut mengenai Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

atau layari

https://www.ptptn.gov.my/

Kerajaan Negeri Perak juga telah memperkenalkan Tabung Pendidikan Anak Perak dibuka untuk permohonan bagi anak kelahiran Negeri Perak & juga Pemastautin negeri Perak. Klik Tabung Pendidikan Anak Perak:Cara Mohon, Syarat & Borang Permohonan untuk maklumat lanjut.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang insentif PTPTN anak Sarawak memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment