Kategori Penerima STR 2024

Kategori Penerima STR 2024

Kategori Penerima STR 2023. Terdapat beberapa pecahan kategori bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR bagi tahun 2024. Sebelum membuat permohonan baru atau mengemaskini permohonan STR tahun 2024 anda perlu mengetahui anda termasuk dalam kategori yang betul atau salah.

Berikut dikongsikan pecahan kategori penerima STR bagi tahun 2024 untuk panduan pemohon baru atau yang ingin mengemaskini maklumat perohonan.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Pecahan Kategori Penerima STR 2024

Isi Rumah

  • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
  • Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda yang mempunyai anak

Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

  • Bujang: atau
  • Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tlada anak serta
  • Had umur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Bujang atau
  • Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda yang tiada anak serta
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa

Maklumat Penting STR 2024

Pemohon Yang Perlu Membuat Kemas Kini Permohonan STR 2024

  • Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • Penerima Fasa 1 STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu STR 2024

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Permohonan STR 2024

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama
  • Islam Negeri/JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Pasangan

  • Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS); atau Salinan pasport/Visa/UNCHR/Pas Sempadan / Sijil lahir/ KP lama

Anak

  • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi talian bantuan STR seperti berikut:

Saluran Pertanyaan

Hotline STR LHDNM:1-800-88-2747

Hotline STR MOF: 03-8882 4565/ 03-8882 4566

E-mel:  str@treasury.gov.my

Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Alamat:  Kementerian Kewangan Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pecahan kategori penerima / permohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah untuk STR tahun 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment