Syarat Permohonan BKP: Biasiswa Kecil Persekutuan
Syarat Permohonan BKP untuk permohonan bagi tahun 2024 telah dipermudahkan selepas pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini. Pada belanjawan 2024 PM telah mengumumkan berita baik dengan menaikan syarat pendapatan ibu/bapa penjaga seperti berikut:
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah meluaskan bantuan persekolahan murid membabitkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) melalui Belanjawan 2024, kelmarin.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), kira-kira sejuta murid bakal mendapat manfaat melalui peluasan bantuan KWAPM kepada murid hingga Tingkatan 3, berbanding hingga Tingkatan 1, sebelum ini.
Selain itu kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan BKP mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini.
“Bagi memastikan anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, pemberian bantuan KWAPM turut diperluaskan kepada murid hingga Tingkatan 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini.
“Ia memberi manfaat kepada sejuta murid dengan peruntukan RM150 juta. Selain itu, RM100 juta disediakan untuk pemerkasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Berikut diongsikan maklumat berkaitan Syarat Permohonan BKP Biasiswa Kecil Persekutuan untuk panduan anda.
Syarat Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP
Untuk Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan pelajar perlu memiliki / memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah.
Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
- Pendapatan ibu bapa/penjaga RM2589.00 sebulan dan ke bawah.
- Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
Cara Bayaran Biasiswa Kecil Persekutuan
Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak. Pelajar layak dikehendaki untuk membuat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan biasiswa.
Kaedah Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
BKP Kementerian Pendidikan Malaysia – https://sps1.moe.gov.my
Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Untuk semakan dan permohonan anda juga boleh ikuti langkah berikut:
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi BKP termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:
Tarikh Permohonan : *Akan dikemaskini
Aplikasi Permohonan:
KLIK: https://apb1.moe.gov.my/
Cara Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan Online
1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi
KPM melalui pautan seperti berikut:
2. Kemudian, anda perlu muat turun borang permohonan dan lampiran melalui pautan dibawah anda boleh terus cetak melalui pautan ini:
- Borang Permohonan Penyata Akuan Pelajar
- Surat Persetujuan – Aku Janji
- Borang Permohonan Biasiswa BKP BKPU
3. Anda perlu isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai Syarat Permohonan BKP 2024 atau maklumat lanjut berkaitan Syarat Permohonan BKP 2024, sila hubungi di Bahagian Pengurusan BKP:
1. Pn. Azita Binti Ab Aziz
Emel: azitaaziz@moe.gov.my
2. Pn. Hasnah binti Ismail
Emel: hasnah.i@moe.gov.my
No. Tel: 03 – 8889 7081
Mohon like dan share info penting ini.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Syarat Permohonan BKP 2024 (BKP) untuk sekolah menengah ini bermanfaat insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Syarat Permohonan BKP