Syarat Permohonan STR 2024
Syarat Permohonan STR 2024. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024. Syarat ini perlu dipatuhi sebelum anda membuat permohonan baru atau pengemaskinian maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.
Berikut keptennews kongsikan maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan Sumbangan Tunai tahun 2024 untuk panduan pemohon sebelum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024.
Syarat Kelayakan Permohonan STR 2024
Syarat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 berikut telah dipecahkan mengikut kategori bagi memudahkan para pemohon menyemak syarat permohonan mengikut kategori yang ingin dipohon sahaja.
Antara Syarat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 mengikut kategori permohonan.
Isi Rumah
Berikut ialah syarat permohonan STR 2024 kategori isi rumah.
1.Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
2.Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MYKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS)
3.Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKidi sahaja dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur
- 18 tahun dan ke bawah atau
- 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
Berikut ialah syarat permohonan STR 2024 kategori Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan.
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja, tiada kelayakan untuk warganegara yang menetap di luar Malaysia.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
Berikut ialah syarat permohonan STR 2024 kategori bujang.
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Sumbanagn Tunai Rahmah atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi talian bantuan STR seperti berikut:
Saluran Pertanyaan
Hotline STR LHDNM:1-800-88-2747
Hotline STR MOF: 03-8882 4565/ 03-8882 4566
E-mel: str@treasury.gov.my
Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Alamat: Kementerian Kewangan Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang syarat permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com