STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah

STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah

STR 2024: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan tunai kepada rakyat untuk tahun 2024 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR 2024)

• Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

• Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

• Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 .

• Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.

• Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan.

• Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. • Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan STR 2024, permohonan, syarat, kadar bayaran serta maklumat lain berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Kategori Penerima STR 2024

Katagori penerima STR untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

Isi Rumah

• Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau

• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang  mempunyai anak

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

• Bujang; atau

• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang  Tiada Anak; serta

• Had umur 60 tahun dan ke atas

Bujang

• Bujang; atau

• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang  Tiada Anak; serta

• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau

• Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun  dan ke atas

• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Syarat Kelayakan Permohonan STR 2024

Syarat Kelayakan STR 2024 Kategori Isi Rumah

Pemohon

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan  bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Pasangan

• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki  pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)

• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan  MyPR / MyKAS)

Anak

• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak  sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN  sahaja; dan

• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan  Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan

• Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang  berumur:

 – 18 tahun dan ke bawah; atau

 – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh  masa di IPTA / IPTS

 Syarat Kelayakan STR 2024 Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60  tahun dan ke atas

Syarat Kelayakan STR 2024 Kategori Bujang

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21  tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun

• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Maklumat Penting Kemaskini dan Permohonan Baru STR

Pemohon Yang Perlu Membuat Kemas Kini STR 2024

• Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3  tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021,  BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan  pedalaman Sabah / Sarawak

• Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan  maklumat

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu STR 2024

• Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024

Cara Memohon STR 2024

Secara Dalam Talian

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Hadir ke

• Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 (HASiL)

• Pejabat Satelit HASiL

• Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

Maklumat Penting Permohonan Baru Atau Kemaskini STR 2024

  • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Kaedah Penghantaran Borang & Dokumen Sokongan

• Muat naik secara dalam talian di Portal  Rasmi STR semasa kemas kini  permohonan atau permohonan baharu; atau

• Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri  Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau

• Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan

Cara Semakan Keputusan Permohonan STR 2024

Semakan Keputusan Permohonan STR 2024 Secara Dalam Talian Layari

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Semakan Keputusan Permohonan STR 2024 Secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah

Muat turun di Play Store bagi platform Android

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024

Jadual Pembayaran STR 2024
Fasa 1Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024

*Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Skim Khairat Kematian Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (SKK)

Amaun

• RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Kelayakan

• Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang /  Tiada Pasangan

• SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon  atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia

• Meninggal dunia pada tahun 2024

• Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

• Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja

Kaedah Tuntutan

• Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan  STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di  mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara

• Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:

 – Asal / salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan

 – Asal / salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir waris; dan

 – Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

Soalan Lazim Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

1. S: Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

J: Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

2. S: Siapakah yang layak memohon STR 2024?

J: Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

a. Isi Rumah

i. Kahwin; atau

ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

b. Warga Emas Tiada Pasangan

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

c. Bujang

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan

iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan

v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Sambungan

3. S: Bilakah permohonan STR akan dibuka?

J: Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

4. S: Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

J: Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

5. S: Bilakah tarikh Permohonan dan Pembayaran STR?

J: Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

BilTarikh Penghantaran Borang Permohonan (Dalam Talian dan Borang Kertas)Tarikh Pembayaran
1.1 November 2023 – 30 November 2023Februari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
3.1 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.1 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024

Soalan Lazim Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

6. S: Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

J: Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah
STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah
STR 2024: Sumbangan Tunai Rahmah

S: Bilakah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuat?

J:

Bil.Fasa PembayaranTarikh Bayaran
1Fasa 1Februari 2024*
2Fasa 2April 2024*
3Fasa 3Ogos 2024*
4Fasa 4November 2024*

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

8. S: Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

J: Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

a. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

i. Tiada maklumat akaun bank

ii. Status pengkreditan gagal kredit

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan STR 2024 atau perkara lain berkaitan STR 2024 anda boleh hubungi:

Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747

E-mel: str@mof.gov.my

Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Alamat Kementerian Kewangan

Sekretariat STR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Presint 2, 62592 Putrajaya

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang STR 2024 ini memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan STR 2024, insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment