Jawatan Kosong BAKAJ: Badan Kawalselia Air Johor
Jawatan Kosong BAKAJ. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jawatan Kosong di Badan Kawalselia Air Johor BAKAJ. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
IKLAN JAWATAN KOSONG BAKAJ
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Badan Kawalselia Air Johor menawarkan jawatan kosong kepada semua rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan:
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (Kontrak) – 1 kekosongan
2. Pembantu Penguatkuasa, Gred KP19 (Kontrak) – 1 kekosongan
3. Pembantu Makmal, Gred C19 (Kontrak) – 2 kekosongan
4. Pembantu Operasi, Gred N11 (Kontrak) – 4 kekosongan
5. Pembantu Awam, Gred H11 (Kontrak) – 4 kekosongan
6. Pemandu Kenderaan, Gred H11 (Kontrak) – 1 kekosongan
Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang BAKAJ.01 yang boleh di muat turun melalui pautan
BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BAKAJ
Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 November 2023 (Selasa)
Cara Permohonan
(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang BAKAJ.01
(b) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan (1) salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Lesen Memandu
(iii) Kad Pengenalan
(iv) Sijil Berhenti sekolah
(v) Sijil PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah : atau
(vi) Lain-lain sijil / surat akuan berkaitan.
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan 8 / Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan. Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:-
PENGARAH, BADAN KAWALSELIA AIR JOHOR (BAKAJ) ARAS 4, BANGUNAN DATO MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, 79603 KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU,
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Badan Kawalselia Air Johoratau pertanyaan lain berkaitan Jawatan Kosong Badan Kawalselia Air Johorini anda boleh hubungi Badan Kawalselia Air Johorseperti berikut:
Tel: 07-266 1201
Alamat: Aras 4, Bangunan Dato’ Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, Johor Bahru, Malaysia
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Jawatan Kosong BAKAJ ini memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan, insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com