Jawatan Kosong PPUM: Gred 11,Gred 19 & Gred 41
Jawatan Kosong PPUM. Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di PPUM serta syarat dan panduan untuk memohon jawatan kosong di PPUM tersebut.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
BIL | JAWATAN | STATUS | KUMPULAN JAWATAN | SKIM |
1. | PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41 | Tetap/Kontrak | Pengurusan & Profesional | Capaian |
2. | PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) GRED C41 | Tetap/Kontrak | Pengurusan & Profesional | Capaian |
3. | JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U41 | Tetap/Kontrak | Pengurusan & Profesional | Capaian |
4. | PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 | Tetap/Kontrak | Sokongan | Capaian |
5. | JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) GRED U29 | Tetap/Kontrak | Sokongan | Capaian |
6. | JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29 | Tetap/Kontrak | Sokongan | Capaian |
7. | JURURAWAT GRED U29 | Kontrak | Sokongan | Capaian |
8. | PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 | Kontrak | Sokongan | Capaian |
9. | PEMBANTU KEMAHIRAN H19 | Tetap/Kontrak | Sokongan | Capaian |
10. | PEMBANTU OPERASI GRED N11 | Tetap/Kontrak | Sokongan | Capaian |
SYARAT TAMBAHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
•Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai minima sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja yang berkaitan, termasuk sebagai Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dan memiliki Diploma Lanjutan/Sijil Pos Basik.
SYARAT KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) Jawatan Kosong PPUM
1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
a. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
i. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
ii. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
b. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.
2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
a. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
i. Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (Gred C); dan
ii. Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
3. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:
Jawatan dan Gred | Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera |
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 | Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Keselamatan Gred KP19 | Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 | Sekurang-kurangnya Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Pembantu Kesatria Gred S19 | Sekurang-kurangnya Koperal |
Pegawai Bomba Gred KB19 | Sekurang-kurangnya Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 |
SYARAT KELAYAKAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/ PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
1. Kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu
a. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau
b. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.
2. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:
Jawatan dan Gred | Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera |
Pengawal Keselamatan Gred KP11 | Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya |
Iklan ini telah disiarkan pada 23 Okt 2023 dimana tarikh mula permohonan akan dibuka pada 23 Okt 2023 dan tarikh tutup adalah pada 06 Nov 2023. Sebarang permohonan tidak akan dibenarkan selepas tarikh tutup. Sila log masuk terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat permohonan.
Maklumat Lajut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan jawatan kosong di PPUM anda boleh hubungi Untuk sebarang pertanyaan mengenai jawatan yang diiklankan :
03-79493814 @ azarina@ummc.edu.my (Pn. Azarina Binti Aziz)
03-79492217 @ zaili@ummc.edu.my (En. Zaili Bin Matuju)
03-79492271 @ dora@ummc.edu.my (Pn. Doratulani bt Abdullah)
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang jawatan kosong di PPUM ini memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan, insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com