Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP. Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
BKP Kementerian Pendidikan Malaysia – https://sps1.moe.gov.my
Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Untuk semakan dan permohonan anda juga boleh ikuti langkah berikut:
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi BKP termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:
Tarikh Permohonan : *Akan dikemaskini
Panduan Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan
Berikut dikongsikan Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan BKP untuk panduan semua Ibu/Bapa Penjaga dan juga pelajar yang ingin memohon.
Aplikasi Permohonan:
KLIK: https://apb1.moe.gov.my/
Cara Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan Online
1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi
KPM melalui pautan seperti berikut:
2. Kemudian, anda perlu muat turun borang permohonan dan lampiran melalui pautan dibawah anda boleh terus cetak melalui pautan ini:
- Borang Permohonan Penyata Akuan Pelajar
- Surat Persetujuan – Aku Janji
- Borang Permohonan Biasiswa BKP BKPU
3. Anda perlu isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap.
Baca Juga:Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022
Soalan Lazim Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan
1.Bila tarikh kemasukan Biasiswa Kecil Persekutuan 2024 untuk penerima?
Pembayaran BKP kepada penerima biasanya akan dibuat sekitar bulan Mei setiap tahun. Pembayaran akan dibuat ke akaun penerima di Bank Simpanan Nasional (BSN)
2.Di mana boleh baca pekeliling Biasiswa KecilPersekutuan (BKP) untuk tahun ini?
Anda boleh baca dokumen pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2017 di sini >> https://www.moe.gov.my/pekeliling/888-spk-bt-10-pengurusan-biasiswa-kecil-persekutuan-bkp/file
3.Cara semakan biasiswa BKP sama ada berjaya atau gagal?
Pemohon boleh membuat semakan di portal di mana anda memohon secara online atau boleh bertanya kepada guru yang menguruskan biasiswa tersebut di sekolah anda.
4.Berapa had pengeluaran Biasiswa BKP yang dibenarkan?
Buku akaun bank pemegang biasiswa mestilah disimpan oleh pihak sekolah dan pengeluaran duit biasiswa oleh pelajar dibuat dengan mengisi borang permohonan pengeluaran wang biasiswa.
Kad ATM BSN adalah dipegang oleh pelajar. Had maksimum yang boleh dikeluarkan melalui kad ialah RM150.00 sahaja dalam tempoh 2 bulan.
5.Kenapa duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan oleh penerima?
Sebagai mana yang telah dijelaskan pelajar hanya dibenarkan mengeluarkan wang biasiswa sebanyak RM150.00 sahaja untuk sebulan bagi tujuan yang berkaitan dengan pelajaran penerima biasiswa sahaja.
Walau bagaimanapun Pelajar boleh mengeluarkan lebih daripada RM150.00 dengan syarat menunjukkan resit pembelian kepada guru biasiswa untuk pengesahan.
Duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan selain dari berkaitan pelajaran penerima atau pelajar.
6. Bagaimanakah Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan?
Anda boleh ikuti panduan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan seperti diatas.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Bantuan kepada mereka yang kehilangan pendapatan & penganggur boleh baca di: SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan atau maklumat lanjut berkaitan Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan, sila hubungi di Bahagian Pengurusan BKP:
1. Pn. Azita Binti Ab Aziz
Emel: azitaaziz@moe.gov.my
2. Pn. Hasnah binti Ismail
Emel: hasnah.i@moe.gov.my
No. Tel: 03 – 8889 7081
Mohon like dan share info penting ini.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk sekolah menengah ini bermanfaat insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com