Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022

Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022

Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022

Kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D), sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA (BYDPA) Tahun 2022 telah dibuka.

Para pelajar yang layak dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA 2022 ini.

Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA (BYDPA) adalah Biasiswa yang dibuka setiap tahun yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pasca siswazah yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semua permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong perlu dilakukan secara atas talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Biasiswa YDPA 2022:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2022

Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA:Permohonan Jawatan Kelayakan SPM&PMR

Calon Keutamaan Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Pihak JPA memaklumkan bahawa calon-calon yang diutamakan dalam permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA 2022 adalah seperti berikut:

  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Pelajar tersebut telah menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni, teknologi, dan sebagainya.
  • Pelajar tersebut mahir lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Untuk jawatan kelayakan Diploma & Ijazah klik: Jawatan Kosong RISDA Kelulusan Diploma & Ijazah.

Bidang Yang Layak Memohon BYDPA 2022

Pelajar yang menyambung pengajian dalam berikut layak untuk membuat permohonan Biasiswa YDPA

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

Senarai IPT Yang Layak Memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA

Pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut layak untuk memohon Biasiswa YDPA 2022 iaitu:

a) Bidang Sains dan Teknologi/Ekonomi/Undang-Undang

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

b) Bidang Kewangan Islam

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
  • Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong YDPA perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pelajar ialah warganegara Malaysia.
  2. Umur pelajar tersebut tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
  3. Pelajar mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
  4. Pelajar mestilah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Cara Memohon Biasiswa YDPA 2022

Untuk membuat permohonan BYDPA Tahun 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohonan Biasiswa YDPA perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Muat turun dan turunkan tandatangan borang permohona tersebut.
  7. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah,

Jabatan Perkhidmatan Awam,

Bahagian Pembangunan Modal Insan,

Aras 3, Blok C2, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 PUTRAJAYA,

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan).

Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Tarikh Permohonan Biasiswa YDPA 2022

Permohonan Biasiswa YDPA untuk tahun 2022 telah dibuka mulai 19 Jan 2022 iaitu hari Isnin dan akan ditutup pada 22 Feb 2022 iaitu pada hari Jumaat.

Baca Juga: SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan BYDPA 2022

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan Biasiswa YDPA yang ditandatangani iaitu:

  1. Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan).
  2. Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
  3. Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti atau institusi pengajian.
  4. Salinan sijil-sijil atau surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  5. Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
  6. Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  7. Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan (dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja).

Penting untuk para guru tahu: eGTukar KPM:Semakan & Permohonan Pertukaran PPP Januari 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa YDPA 2022, sila hubungi:

tel: 03-8885 3879/3569

atau email pertanyaan anda ke: penawaranldp@jpa.gov.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa YDPA 2022 memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment