SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

MAKLUMAN: Program SIP GIG PERKESO kini telah dibuka untuk permohonan mulai 17 Januari 2022.

Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Jom ketahui lebih lanjut tentang program ini untuk membuat permohonan anda sekarang!

Baca Juga: eGTukar KPM:Semakan & Permohonan Pertukaran PPP Januari 2022

Apakah SIP GIG PERKESO?

SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan

SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Objektif:

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

Baca Juga: TERKINI:Tarikh Dan Cara Kemaskini BKM Bantuan Keluarga Malaysia

Individu Yang Layak Memohon SIP GIG PERKESO

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

*Individu yang TIDAK LAYAK:

Manakala individu yang tidak layak memohon SIP GIG PERKESO adalah seperti berikut:

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

Artikel Lain: Cara Permohonan BKM:Cara Permohonan & Jumlah Bantuan

Tarikh Permohonan SIP GIG PERKESO

  • Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.
  • Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.

Cara Permohonan SIP GIG PERKESO

Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my

  • Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  • Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  • Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Rujuk dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

dokumen sokongan permohonan SIP GIG PERKESO

Artikel lain: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL

Syarat Untuk Menerima Insentif PERKESO GIG

Syarat untuk melayakkan seseorang menerima insentif SIP GIG PERKESO ini adalah seperti berikut:

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

Artikel Lain: PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs

Soalan Lazim

1.Apakah yang perlu dilakukan oleh Orang Bekerja Sendiri sekiranya mereka ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh menerima insentif ini?

Individu yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa perlu melaporkan status pekerjaan mereka kepada PERKESO dalam tempoh 48 jam menerusi Aplikasi PERKESO Prihatin (SIP Gig) bagi menamatkan pembayaran insentif seterusnya.

Individu yang gagal melaporkan akan diarahkan untuk membayar semula jumlah bayaran yang telah diterima kepada PERKESO.

2.Apakah dokumen wajib yang diperlukan oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk pengesahan di Aplikasi PERKESO Prihatin?

Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).

Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:

  • Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja.
  • Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan
  • Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan)
  • Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Graduan yang menganggur melebihi 60 hari
  • Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).
  • Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

3.Apakah syarat yang perlu dipatuhi oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) sepanjang menerima insentif Program SIP Gig PERKESO?

Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh Orang Bekerja Sendiri sekiranya mereka ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh menerima insentif SIP GIG PERKESO?

Individu yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa perlu melaporkan status pekerjaan mereka kepada PERKESO dalam tempoh 48 jam menerusi Aplikasi PERKESO Prihatin (SIP Gig) bagi menamatkan pembayaran insentif seterusnya. Individu yang gagal melaporkan akan diarahkan untuk membayar semula jumlah bayaran yang telah diterima kepada PERKESO.

5.Apakah yang akan dilaksanakan oleh PERKESO sekiranya permohonan SIP GIG PERKESO mengandungi maklumat palsu/tidak tepat?

PERKESO boleh mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Menolak permohonan atau menangguh dan memberhentikan bayaran sekiranya OBS menghantar maklumat palsu atau tidak benar sewaktu permohonan dibuat atau semasa permohonan diproses, juga sekiranya OBS tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkandi atas;
  2. Menggantung permohonan dan kelulusan Log Aktiviti yang sedang dalam proses siasatan untuk mengemukakan tuntutan yang disyaki palsu atau tidak benar.
  3. Mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut semula bayaran yang telah dibayar kepada OBS sekiranya pembayaran tersebut dibuat berdasarkan kepada maklumat yang palsu atau tidak benar yang telah diberikan kepada PERKESO oleh mana-mana pihak, atau OBS didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan selepas penerimaan bayaran bagi program insentif tersebut.

6.Bilakah tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig PERKESO?

Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig PERKESO adalah pada 30 Jun 2022.

7.Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insentif Program SIP Gig PERKESO?

Kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas kami di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di https://eaduansip.perkeso.gov.my.

Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk info lanjut berkaitan SIP GIG PERKESO ini, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my

Individu yang berminat SIP GIG PERKESO boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di

https://eaduansip.perkeso.gov.my.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang SIP GIG PERKESO bantuan individu kehilangan atau tiada pendapatan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “SIP GIG PERKESO:Insentif RM600-RM800 Sebulan Selama 6 Bulan”

  1. Saya ada 2 soalan
    1.bagi seseorang yang sudah berusia 50tahun tetapi tidak bekerja sebelum mencapai usia 49.layak atau tidak memohon SIP GIG PERKESO
    2.seorang suri rumah tidak bekerja sebelum menglahirkan anak bongsu yg kini telah berusia 13 tahun boleh memohon SIP GIG PERKESO atau tidak
    Terima kasih

    Reply

Leave a Comment