Jawatan Kosong RISDA 2024
Iklan jawatan kosong RISDA Terkini 2024 telah dibuka bagi beberapa jenis jawatan mengikut kelulusan.
Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
Bagi mereka yang layak anda boleh terus memohon jawatan kosong RISDA Terkini 2024 secara dalam talian.
Terdapat beberapa jenis jawatan kosong RISDA Terkini 2024 yang telah dibuka untuk permohonan dan lain-lain jawatan akan dibuka lagi selepas ini.
Untuk jawatan kosong kelulusan SPM & PMR baca: Jawatan Kosong RISDA:Permohonan Jawatan Terkini Kelayakan SPM&PMR
Berikut dikongsikan jawatan kosong RISDA Terkini tahun 2024 yang telah dibuka untuk permohonan dan jawatan yang akan dibuka akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Dikongsikan juga latar belakang RISDA sebagai persediaan ulangkaji sebelum temuduga jawatan kosong RISDA Terkini 2024.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR
Latar Belakang Penubuhan RISDA
Sebelum anda memohon sesuatu jawatan kosong RISDA Terkini 2024 seeloknya anda mengetahui serba sedikit tentang RISDA.
Berikut dikongsikan serba sedikit info latar belakang RISDA:
- RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.
- Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
- Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
- “Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.”
Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.
Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.
Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.
Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA :PROGRAM GRADUAN CEMERLANG
Senarai Jawatan Kosong & Penempatan Jawatan Kosong RISDA 2024
1. Akauntan (WA41) Penempatan: Ibu Pejabat
2. Pegawai Teknologi Maklumat (F41) Penempatan: Ibu Pejabat
3. Perangkawan (E41) Penempatan: Ibu Pejabat
4. Pegawai Undang-Undang (L41) Penempatan: Ibu Pejabat
5. Penolong Pegawai Pertanian (G29) Penempatan: Seluruh negara
6. Penolong Pegawai Tadbir (N29) Penempatan: Ibu Pejabat
7. Penjaga Jentera Elektrik (J19) Penempatan: Terengganu / Sarawak
8. Pembantu Kemahiran (H19) Penempatan : Sarawak
9. Pemandu Kenderaan (H11) Penempatan: Seluruh negara
10. Pembantu Awam (H11) Penempatan: Kedah / Perak
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online
Cara Memohon Jawatan Kosong RISDA 2024
Jawatan kosong RISDA Terkini 2024 perlu di isi secara dalam talian seperti berikut:
- Layari www.myfuturejobs.gov.my
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
- Isi dan lengkapkan profil peribadi
- Buat carian jawatan yang ingin dipohon
- Pilih jawatan
- Klik mohon dan simpan
- Pilih jawatan lain untuk pilihan jawatan seterusnya
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Tarikh Pemohonan Jawatan Kosong RISDA 2024
Tarikh permohonan jawatan kosong RISDA Terkini 2024 adalah seperti berikut:
Buka permohonan: 16 MAC 2024
Tarikh akhir permohonan: 31 MAC 2024
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Objektif Penubuhan RISDA
Antara soalan yang biasa ditanya semasa temuduga RISDA ialah tentang objektif organisasi yang dipohon
Objektif RISDA adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,395 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Fungsi Penubuhan RISDA
Fungsi agensi juga penting untuk anda tahu sebelum temuduga jawatan kosong RISDA Terkini .
Antara Fungsi RISDA adalah seperti berikut:
- Melaksana dasar dan program pembangunan;
- Menyelaras Skim yang diluluskan;
- Melaksana pembaharuan penyelidikan;
- Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
- Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
- Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
- Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
- Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
- Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
- Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
- Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
- Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
- Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
- Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
- Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan;
- Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana
Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.
Misi Dan Visi Agensi RISDA
Misi Dan Visi RISDA adalah seperti berikut:
RISDA Misi:
Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau
Visi:
Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Dasar & Kualiti Penubuhan RISDA
Dasar dan kualiti RISDA adalah seperti berikut:
Antara Dasar Kualiti
Mewujudkan Rasa Bertanggungjawab Dan Komitmen Di Kalangan Semua Staf Di Semua Pejabat Ke Arah Meningkatkan Kecekapan, Keberkesanan Dan Memenuhi Kepuasan Pelanggan.
Objektif Kualiti
RISDA Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Mengurus Bantuan Program Tanam Semula Dengan Cekap Dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Pekebun Kecil.
Daftaf Kelahiran Online JPN di SINI
Sumber Kewangan Agensi RISDA
RISDA menerima peruntukan daripada Bantuan Langsung Kerajaan untuk membiayai Program Tanam Semula dan juga program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta pemindahan teknologi. Dari setahun ke setahun, kutipan Wang Ses semakin berkurangan menyebabkan Dana Wang Ses Pekebun Kecil tidak dapat menampung keperluan program Tanam Semula dan lain-lain program yang berkaitan.
Bantuan Langsung Kerajaan
RISDA menerima peruntukan daripada Bantuan Langsung Kerajaan untuk membiayai Program Tanam Semula dan juga program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta pemindahan teknologi.
Dari setahun ke setahun, kutipan Wang Ses semakin berkurangan menyebabkan Dana Wang Ses Pekebun Kecil tidak dapat menampung keperluan program Tanam Semula dan lain-lain program yang berkaitan.
Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar : Tarikh penting Pertukaran Guru
Tabung Wang SES
Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut Tabung Wang Ses telah ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Kutipan ses pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang Ses dan digunakan bagi membiayai program tanam semula bagi sektor pekebun kecil, pemulangan wang ses kepada sektor estet dan kegunaan lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa RISDA.
Selain daripada sumber wang ses, RISDA juga melaksanakan program-program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan menggunakan peruntukan kementerian berkenaan.
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru
Tabung Pekebun Kecil
Satu lagi sumber kewangan ialah daripada Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) yang ditubuhkan di bawah seksyen 6(2)(a)(iv) Akta RISDA 1972 melalui sumbangan daripada keuntungan operasi anak-anak syarikat RISDA dan Akaun Ladang dan Kilang.
Tujuan utama TPSEPK ialah membiayai berbagai aktiviti sosio ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat pekebun kecil.
Skop tabung dipinda dan diberi nama Tabung Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil selaras dengan dasar Kerajaan untuk membantu serta meningkat penyertaan pekebun kecil dalam pelbagai kegiatan ekonomi sampingan yang boleh menambah pendapatan mereka.
Untuk Guru-Guru sila baca: Cara Login&Semak Kenaikan Pangkat KPM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat mengenai syarat lantikan / penetapan gaji / tugas-tugas jawatan kosong RISDA 2024 di atas, sila layari:
1. Semua calon hendaklah memastikan jawatan yang dipohon menepati syarat-syarat kelayakan.
2. Pemohon yang tidak menerima panggilan temuduga selepas 6 BULAN daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
3. Semua perbelanjaan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.
Alamat:
Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03-42564022 atau : 03-42576726
atau layari
Terima kasih. Semoga semua pemohon jawatan kosong RISDA Terkini 2024 berjaya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com