Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Surat Beranak Online JPN by: STAR keptennews.com

CARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE JPN (SURAT BERANAK ONLINE JPN)

Berita baik untuk semua yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Surat Beranak Online JPN

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Pelbagai Sistem Online JPN

Antara sistem online yang diperkenalkan oleh JPN adalah:

  • Sistem MyJanjiTemu JPN
  • Urusniaga Kad Pengenalan
  • Daftar Kelahiran Dalam Talian
  • Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian
  • Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)
  • Semakan Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam) Yang Dimohon Secara Dalam Talian
  • Semakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (Bukan Islam)
  • Status Permohonan MyKid
  • myIDENTITY(KemasKini Alamat Surat Menyurat)
  • MyPhone-In
  • Perkhidmatan MySMS
  • Sistem Aduan Integriti KDN

Cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my akan dikongsikan.

Sistem-sitem lain akan kami update dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN (Surat Beranak Online JPN)

Berikut kami kongsikan cara permohonan pendaftaran kelahiran online:

Surat Beranak Online JPN
  • Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  • Klik pada pautan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (atau terus scan QR code dalam poster di atas).
  • Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  • Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah.
  • Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
  • Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
  • Klik Log Masuk jika sudah mendaftar
  • Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  • Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
  • Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan
  • Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
  • Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my.
  • Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
  • Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  • Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  • Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.
Surat Beranak Online JPN

Panduan Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN (Daftar Surat Beranak Online)

Panduan mengisi borang daftar surat beranak online adalah seperti berikut:

  • Pengguna mesti membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
  • Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang setuju.
  • Anda setuju untuk meneruskan permohonan.
  • Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.
  • Teruskan dan klik butang “Daftar”.
  • Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.

Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

Surat Beranak Online JPN

*Nota: Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

*Rujuk manual pendaftaran oleh Jabatan Pendafataran Negara JPN di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar surat beranak online JPN atau sebarang pertanyaan tantang JPN , sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut:

03-8000 8000

Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu Sahaja.

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya anda tidak membuat temu janji anda tidak dapat berurusan dengan JPN.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my. atau anda juga boleh scan QR Code di bawah.

surat beranak online JPN

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang surat beranak online JPN ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment