Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2021) kini telah dibuka.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2021) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

BTAR 2021 ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman BTAR 2021 bertujuan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.

Selain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang BTAR 2021 dan cara membuat permohonan bagi calon yang berminat.

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Apakah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2021)?

BTAR 2021  bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Oleh kerana (BTAR 2021) menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima BTAR yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Selain itu, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2021) juga akan mendapat tajaan yuran univerisiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Kriteria / Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021

Kriteria permohonan (BTAR 2021) adalah seperti berikut:

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online

  • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU
  • BBB untuk A-level
  • NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon BTAR 2021
  • Biasiswa ini dibuka kepada calon yang telah menamatkan pengajian pra-universiti dan calon yang mempunyai sekurang-kurangnya baki dua tahun tempoh pengajian ijazah sarjana muda
  • Calon yang baru menamatkan pengajian pra-universiti akan diberi penerimaan bersyarat kepada biasiswa ini tertakluk kepada jika calon mendapat tawaran pembelajaran di universiti yang diiktiraf oleh MQ

Keutamaan (BTAR 2021) akan diberikan kepada

  • Pendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah
  • Pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian
  • Calon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021

Semua calon yang berminat BTAR 2021 boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:

  • Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s www.yayasantar.org.my
  • Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.
  • Lengkapkan borang permohonan.
  • Tulis esei permohonan.
  • Tunggu panggilan temuduga.
  • Semak keputusan penawaran biasiswa.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Dokumen Sokongan Diperlukan Untuk Memohon BTAR 2021

i) Kad Pengenalan

ii) Sijil keputusan pra-universiti ATAU keputusan semester terkini pengajian ijazah Sarjana Muda (jika ada).

iii)Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).

iv) Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan ATAU slip cukai pendapatan ATAU slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) ATAU penyata akaun bank.

v) Surat Sokongan / Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan)

Baca Juga: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan BTAR 2021

Permohonan (BTAR 2021) akan ditutup pada 12 April 2021 pukul 11.59pm.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Baca Juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen 2020

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada admin@yayasantar.org.my berserta tangkapan skrin masalah tersebut.

Rujuk FAQ (Soalan Lazim) untuk mendapatkan maklumat lanjut di https://www.yayasantar.org.my/bm/soalan-lazim/

Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2021 di www.yayasantar.org.my

 Terima kasih. Semoga semua pemohob Biasiswa Tunku Abdul Rahman berjaya insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment