
Tarikh Keputusan EGTukar 2021: Tarikh penting Pertukaran Guru
Tarikh Keputusan EGTukar sangat ditunggu oleh para guru yang memohon pertukaran. Penempatan yang selesa adalah penting bagi mengurangkan tekanan para pendidik.
Antara faktor yang mempengaruhi keputusan ini mungkin disebabkan tuntutan kerja serta kehidupan peribadi. Berjauhan dengan keluarga adalah antara faktor terbesar kenapa setiap tahun begitu banyak permohonan pertukaran guru diterima.
Akan tetapi, permohonan untuk pertukaran guru ini perlu melalui banyak proses.
Bagi mereka yang sudah menghantar permohonan untuk pertukaran guru ini, sama ada ianya antara bahagian, dalam daerah atau antara daerah, serta antara negeri untuk tahun 2021, tarikh keputusan semakan EGTukar guru Jan 2021 telahpun dikeluarkan.
e-GTukar ini merupakan modul pengurusan guru yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan proses pertukaran guru.
EGTukar sangat memudahkan urusan kertas kerja serta memastikan maklumat tidak tercicir dan senang diperoleh.
JIka belum memohon semak di Sini: Permohonan Pertukaran Guru 2021

Tarikh Penting Keputusan EGTukar 2021
Tarikh rasmi semakan keputusan ini telahpun disahkan oleh KPM.
Berikut merupakan perincian bagi pertukaran antara negeri bagi tahun 2020, sesi Januari 2021.
Baca Juga: Cara Login Portal DELIMA & Aplikasi Yang Terdapat Dalam Portal DELIMA

Untuk mendapatkan kelulusan ini, guru akan dipantau dalam jangka masa yang ditetapkan. Disini, mereka akan dinilai dan keputusan tersebut akan direkodkan serta dihantar kepada KPM. Hanya mereka yang lulus pemantauan akan dipertimbangkan pertukaran.
Cara Memohon Bantuan Yran Taska RM100 Sebulan Asuh Pintar

Pada tarikh berikut, Mesyuarat Berpusat Pertukaran antara negeri akan dilaksanakan. Pegawai Pengesah daripada KPM akan menentukan sama ada guru tersebut layak atau tidak mendapat kelulusan itu. Sekiranya layak mereka permohonan mereka akan dipertimbangkan.

Keputusan kelulusan dan penempatan baru guru akan dimaklumkan di Modul e-GTukar.
Perincian pertukaran antara bahagian, antara daerah dan dalam daerah adalah seperti berikut. Rangkanya berbeza, akan tetapi idea besarnya adalah sama.
Jadual rangka kerja pertukaran antara bahagian bagi tahun 2020 sesi januari 2021 seperti berikut:

BRangka kerja pertukaran antara daerah bagi tahun 2020 sesi januari 2021 rujuk gambar di bawah:

Berikut jadual rangka kerja pertukaran dalam daerah bagi tahun 2020 sesi januari 2021.

Untuk mendapatkan maklumat tersebut, sila layari portal berikut.
Para guru yang telah memohon perlu peka dan sentiasa melihat perkembangan terkini menerusi laman web tersebut. Untuk mereka yang telahpun mendapat kelulusan, tarikh kuatkuasa penempatan baru dan lapor diri perlu disemak semula.
Mereka juga perlu mendapatkan maklumat sekolah baru mereka. Hal ini untuk memastikan guru dan sekolah dapat dihubung jika terdapat apa-apa isu.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan eGtukar ini, sila layari laman web KPM.
Terima kasih. Semoga semua pemohon pertukaran guru berjaya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com