Batal Wudhu: Perkara Yang Membatalkan Wudhu. Wajib Tahu.

Batal Wudhu

Batal Wudhu: Perkara Yang Membatalkan Wudhu. Wajib Tahu.

Perkara Yang Menyebabkan Batal Wudhu

Terdapat 4 sahaja perkara yang menyebabkan batal wudhu.

 4 perkara tersebut adalah:

  1. Keluar sesuatu daripada kemaluan depan atau belakang.
  2. Hilang akal.
  3. Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang halal nikah (ajnabi / bukan mahram).
  4. Menyentuh kemaluan hadapan atau belakang.

Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online

 Di dalam kitab-kitab Feqah bab wudhu ini berada dalam bab Thoharoh (Bersuci).

Nak tahu menu menarik dalam DELIMA KPM 2021? Klik Menu Menarik Delima KPM

Batal Wudhu

Nak tahu cara Login Portal DELIMa KPM klik: Login Portal DELIMa KPM 2021.

Syariat terbahagi kepada 4 iaitu:

  1. Ibadah
  2. Muamalat
  3. Munakahat
  4. Jinayah

Semua Al-Quran Hadith berkait 4 Syariat ini sahaja. Thoharoh (Bersuci) termasuk dalam bab Ibadah. Jadi kita semua wajib mengetahui perkara yang membatalkan wudhu ini untuk menyempurnakan Ibadah.

Dalam banyak-banyak Ibadah yangkita lakukan, Ibadah yang paling BESAR adalah Sembahyang. Oleh kerana Sembahyang paling BESAR maka kita wajib belajar bab Thoharoh ini terutama perkara yang membatalkan wudhu ini.

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021

Huraian 4 Perkara Batal Wudhu

1. Keluar sesuatu dari kemaluan depan atau belakang.

Batal Wudhu
  • Keluar sesuatu meliputi semua benda yang keluar darinya sama ada yang cair, keras, kering, basah dan angin, sama ada ada sedikit atau sebanyak.
  • Hal ini paling banyak perlu dijaga oleh kaum Hawa (Wanita) kerana mereka lebih banyak terdedah kepada benda yang keluar dari kemaluan. Perkara yang selalu diabaikan oleh wanita ialah keputihan dan kentut faraj. Hal ini juga menyebabkan batal Wudhu.

Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar 2021: Tarikh penting Pertukaran Guru

2. Hilang akal

Batal Wudhu
  • Hilang akal disebabkan oleh mabuk, pengsan, gila, tidur, pitam dan lain-lain.
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya. Jika tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk tidak membatalkan wudhu.

Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021

3. Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang halal nikah (ajnabi / bukan mahram)

Batal Wudhu
  • Bersentuh tanpa berlapik.
  • Ini dalam Mazhab Shafie sahaja.

Anda juga boleh memohon: Bantuan Tanam Semula Getah RISDA

4. Menyentuh kemaluan hadapan atau belakang.

  • Menyentuh dengan perut tapak tangan atau perut anak jari dengan tidak belapik.
  • Kemaluan itu sama ada kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain, lelaki atau perempuan, yang hidup atau yang telah mati.

Kenapa Disebut 4 Perkara Batal Whudu?

Ulamak hanya menyebut hanya 4 perkara ini sahaja yang membatalkan wudhu. Selain dari 4 ini tidak membatalkan wudhu.

Kita biasa tersilap apabila terkena najis akan berwudhu semula, seperti perkara itu membatalkan wudhu.

Ulamak dahulu cerdik pandai hanya mengeluarkan yang batal wudhu sahaja kerana jika mereka menggariskan perkara yang tidak membatalkan wudhu ada berjuta bilion perkara yang tidak membatalkan wudhu.

Untuk lebih lanjut atau pertanyaan agama lain anda boleh berhubung dengan pihak JAKIM. Klik link Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Terima kasih. Semoga semua mendapat manfaat dengan perkongsian ini insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

Menuntut Ilmu

Mengamalkan Ilmu

Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment