Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Kepada pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 di negeri Pahang,Yayasan Pahang telah membuka peluang untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM).
Apa Itu Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang?
Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Biasiswa Sekolah Menengah BSM sejak tahun 1983 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Sekolah Menengah.
Biasiswa Sekolah Menengah diberikan kepada isi rumah di Negeri Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003 Biasiswa Sekolah Meengah juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Baca Juga: Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF 2020
Tarikh Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021
Permohonan bagi Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021. Countdown tarikh tutup gambar dibawah adalah pada tarikh artikel ini diterbitkan iaitu 04.03.2021.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
Kadar BSM Yayasan Pahang
Kadar bayaran BSM yayasan Pahang adalah seperti berikut:
Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun.
Namun selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Pemohon yang ingin memohon BSM Yayasan Pahang perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan seperti berikut:
- Pemohon Biasiswa Sekolah Menengah ialah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
- Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
- Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
- Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
- Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Berikut adalah cara memohon BSM Yayasan Pahang:
- Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
- Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
- Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/

Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Soalan Lazim
1.Berapakah jumlah wang yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya diluluskan?
Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.
2.Adakah layak untuk memohon jika anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?
Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
3.Bagaimana cara hantat borang permohonan BSM?
Borang permohonan BSM perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.
4.Saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 11 tahun, bolehkah saya layak memohon BSM?
Layak. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.
5.Anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?
Tidak layak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Sekolah Menengah yayasan pahang ini atau pertanyaan lain berkaitan anda boleh layari laman web http://www.yp.org.my/
atau
Hubungi
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
No. Tel : 09-5181800 / No. Fax : 09-5181888
Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg (kecuali cuti umum)
Rehat (Isnin-Khamis) : 1.00 ptg – 2.00 ptg
Rehat (Jumaat) : 12.15 ptg – 2.45 ptg
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang dapat membantu anda memohon untuk mendapatkan biasiswa insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com