Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

Cara buka akaun SSPN Online lengkap bergambar bagi memudahkan anda.
IbuBapa perlu tahu Cara buka akaun SSPN Online untuk anak-anak tanpa perlu beratur di kaunter.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap
Langkah 1 login SSPN Pembukaan Akaun

1. Klik pada link buka akaun SSPN Online (klik disini) atau ➜ https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
2. Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
3. Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.
*Nota: Jika pelajar yang buka akaun SSPN Online untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 18 tahun keatas (cukup tahun dan bulan).
4. Sila pilih keturunan anda.
5. Sila masukkan no. KP pendeposit.
6.Sila pilih jenis akaun untuk buka akaun SSPN Online.
*Nota:
Bagi pelajar ingin memohon pinjaman PTPTN.
- Mestilah berumur melebihi 18 tahun anda boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “Akaun Untuk Diri Sendiri” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
- Jika umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah”).
Bagi Ibubapa/Penjaga.
- Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah (Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan taksiran cukai.
7. Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut No. KP pada item No. 5.
Baca Juga: Dividen KWSP:Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP EPF 2020
Langkah 2 Maklumat Pendeposit/Ibu Bapa Penjaga buka akaun SSPN Online

8. Sila isikan pekerjaan pendeposit.
9. Sila isikan pendapatan pendeposit.
10. Sila masukkan alamat semasa.
11. Sila masukkan poskod.
12. Sila masukkan no. tel rumah.
13. Sila masukkan no tel. bimbit
14. Sila masukkan email.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Langkah 3 Maklumat Penerima Manfaat/Waris

15. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/ atau jagaan. Nota: Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 1)
16. No KP penerima manfaat.
17. Pilih jantina.
18. Tarikh lahir (automatik dari janaan no KP diatas).
19. Nama waris terdekat (jika ada).
20. No KP waris (jika ada).
22. No tel waris (jika ada).
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Langkah 4 Deposit Akaun
23. Masukkan amaun deposit serendah RM20.
[PROMOSI TERKINI: Deposit RM100 dan keatas untuk berpeluang membawa pulang AngPow SSPN bernilai RM8888.00]

24. Masukkan ID Ejen iaitu: 000002008
*Nota: ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN.
(Kegagalan memasukkan ID Ejen menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)
25. Sila klik tick pada checkbox.
26. Sila klik pada butang Hantar.
*Nota: Sila buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Langkah 5 Paparan Pembayaran .

- Dipaparkan No Akaun SSPN anda serta amaun yang dimasukkan.
- Sila klik pada butang Bayar
- Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

*Nota: Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan ini.
- Sila masukkan alamat email yang aktif.
Sila klik tick “I agree with….” dan klik pada butang “Bayar dengan FPX”.
Untuk panduan cara pembukaan akaun SSPN-i Klik: MANUAL PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Langkah 6 Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.

Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN-i anda telah berjaya.
Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.
Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.
*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan “Urusniaga PTPTN Payment Gateway” & “FPX Transaction” untuk simpanan atau rujukan akan datang
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Langkah 7 – Surat Pengesahan buka akaun SSPN Online “Akaun Pembukaan Akaun SSPN-i atau Makluman No. Akaun SSPN-i”

Untuk mendapatkan surat “Akaun Pembukaan Akaun SSPN-i atau Makluman No. Akaun SSPN-i, anda perlu e-mail dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan salah satu cara dibawah:
Cara 1: E-mail
Tajuk Email: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN-i
Alamat Email: terimaanresit@sspn.my
*Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit serta lampirkan / attach resit “Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transaction”yang telah disimpan/ screenshot pada Langkah 7, dan hantarkan melalui email diatas.
[CARA 2 DITUTUP SEMENTARA]
Cara 2: Whatapps
Tajuk Whatapps: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN-i
No Tel Whatapps: -DITUTUP SEMENTARA-
Pautan Link WA: -DITUTUP SEMENTARA-
*Nota: Makluman Pembukaan Akaun SSPN-i akan dihantar melalui email setelah kami menerima makluman daripada anda.
Baca Juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen 2020
Pertanyaan & Maklumat Lanjut Tentang Buka Akaun SSPN Online
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut tentang cara buka akaun SSPN Online serta sedikit makluman dari pihak SSPN baca selanjutnya:
Makluman SSPN:
Portal SSPN.my ditadbir oleh Eksekutif Pemasaran yang dilantik sah oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Segala maklumat yang diberikan adalah menepati apa yang telah ditetapkan.
Maklumbalas SSPN:
Urusan SSPN hanya dilakukan waktu dan hari bekerja iaitu 9am-5pm. Selepas waktu berkerja maklumbalas akan diberikan hari berikutnya.
Hubungi:
Ahmad Ikhwan Bin Remali
Eksekutif Pemasaran PTPTN
ID Ejen: 000002008
ahmadikhwan@ptptn.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara buka akaun SSPN Online memudahkan anda membuat urusan buka akaun SSPN insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com