Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA

Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA

Bantuan Tanam Semula Getah by: STAR keptennews.com

Bantuan Tanam Semula Getah RISDA Syarat & Program Berkaitan

Pengenalan RISDA

bantuan tanam semula RISDA

Pengenalan tentang RISDA: Bantuan Tanam Semula Getah

Bantuan Tanam Semula Getah Pengenalan. RISDA adalah sebuah agensi di bawah Kemnterian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang bertanggungjawab ke atas pekebun kecil perusahaan getah. Fokus utama agensi ini ialah meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di Malaysia.

Tanam semula getah adalah salah satu program bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA. Bantuan ini diberi kepada pekebun kecil yang mana akan dipantau oleh pegawai RISDA kawasan.

Bantuan Tanam Semula Getah merupakan antara fungsi utama yang termaktub dalam Akta 85 Tahun 1972.

RISDA bertanggungjawab melaksanakan Program Tanam Semula bagi pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan tanaman getah atau tanaman lain yang diluluskan.

Program bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat bimbingan daripada RISDA.

Turutan Program Tanam Smula Getah Oleh RISDA.

Berikut gambar turutan program tanam semula RISDA.

Bantuan Tanam Semula Getah

Syarat Kelayakan Am: Bantuan Tanam Semula Getah RISDA

Syarat Am permohonan Tanam Semula adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil (waris/pemegang amanah)
  • Tanah yang dipohon adalah hak milik (geran) yang sah
  • Tanah yang tidak memiliki hak milik mestilah mendapatkan pengesahan pemilikan daripada Pejabat Tanah/Agensi Kerajaan berkaitan.
  • Luas minimum permohonan adalah 0.1 hektar dan luas maksimum kurang 40 hektar.

Program utama RISDA: Bantuan Tanam Semula Getah

Berikut pembahagian program utama bantuan tanam semula RISDA:

  1. Program tanam semula getah ke getah (TSGG)
  2. Program tanam semula getah sambungan (TSGS)
  3. Program tanam semula getah ke tanaman lain (TSGL)
  4. Rancangan tanaman baru berkelompok (RTBB)

1. Program tanam semula getah ke getah (TSGG)

Melaksanakan program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan klon-klon yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik.

Syarat Bantuan TSGG:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik tanah yang sah 0.1 hektar kurang dari 40 hektar
  • Tanah ada getah tua bertoreh atau tunggul pokok getah
  • Mempunyai rekod buku atau resit jualan getah lama
  • Pengesahan daripada agensi

Kadar Bantuan TSGG terbaru 2021 adalah seperti berikut.

Bantuan Tanam Semula Getah

Kadar bantuan ini telah dinaikkan berbanding tahun sebelumnya seperti berikut:

Kadar bantuan Tanam Semula sebelum 2021

bantuan Tanam Semula

2. Program tanam semula getah sambungan (TSGS)

Bantuan Tanam Semula Getah

Program tanam semula getah sambungan ialah meneruskan bantuan tanam semula bagi kebun-kebun yang telah diluluskan bantuan tanam semula dalam tempoh RMKe-10.

Syarat kelayakan bayaran TSGS:

  • lebih dari 85 peratus pokok getah yang ditanam hidup subur.
  • Kebun diselenggara dengan baik mendapat kelulusan pegawai RISDA.

Kadar bantuan TSGS adalah bergantung kepada baki bantuan dan juga kelyakan seperti yang diluluskan sebelumnya oleh pihak RISDA.

3. Program Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL)

Bantuan Tanam Semula Getah

Program Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain ialah menanam semula kebun getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman lain yang berpenghasilan tinggi seperti berikut:

  • Sawit
  • Kelapa
  • Koko
  • Kopi
  • Nanas
  • Orkid
  • Lada hitam
  • Buah-buahan (Durian, rambutan, durian belanda, ciku, mangga, jambu, duku, limau, langsat, belimbing, dokong, manggis, cempedak, sukun, dan nangka)

Kadar Bantuan Adalah TSGL Seperti Berikut:

Bantuan Tanam Semula Getah

4. Rancangan Tanaman Baru Berkelompok

Rancangan tanaman baru berkelompok (RTBB) ialah program pembangunan ke atas tanah-tanah kosong dikurniakan oleh kerajaan negeri berasaskan tanah sandaran getah tua yang dimiliki oleh peserta pada/sebelum 31 Disember 1970 (RTBB).

Bantuan Tanam Semula Terbahagi Kepada 4 Kategori

4 Kategori tanam semula seperti berikut:

  • Tanam semula individu
  • Tanam semula berkelompok
  • Tanam Semula Komersial
  • Tanam Semula Agensi

1.Tanam semula individu ialah satu kaedah menanam semula tanah pekebun kecil yang dimiliki dan dilaksanakan secara individu (perseorangan) iaitu sebagai pemilik pengusaha atau warisnya jika pemiliknya telah meninggal dunia atau pihak lain yang dilantik bagi mewakili pemilik tanah melalui surat wakil kuasa (SWK).

2. Tanam semula berkelompok (TSB) ialah satu kaedah tanam semula dimana kebun-kebun berdekatan digabungkan untuk ditanam semula secara bersama dan serentak yang diuruskan oleh satu jawatnkuasa yang dilantik dari kalangan peserta. TSB mempunyai syarat tertentu iaitu luas minimum 10 hektar dan minimum 8 orang peserta. Tujuan program ini ialah meningkatkan kecekapan pengurusan projek dan memaksimumkan sumber.

3. Tanam semula komersial ialah  satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang diuruskan oleh ejen mengurus (RPSB) anak syarikatt milikan RISDA dari peringkat pembangunan hinggga berhasil. Pemasaran TSK adalah lebih cekap dan menguntungkan.

4. Tanam semula agensi ialah tanah-tanah di dalam rancangan FELDA,FELCRA,JAKOA dan rancangan tanah kerajaan yang lain yang ditanam dengan getah sahaja dan pemilikannya oleh seorang peneroka telah diiktiraf dan disahkan oleh pihak berkuasa berkenaan. Bagi tanah dusun dan tanah kosong dalam rancangan adalah tidak layak.

Cara Memohon Tanam Semula Dengan RISDA.

Terdapat 2 kaedah memohon tanam semula dengan RISDA iaitu pekebun kecil boleh hadir ke mana-mana pejabat RISDA berhampiran ataupun boleh memohon melalui TS Online RISDA.

Pertanyaan Tentang Bantuan RISDA

Untuk pertanyaan tentang program bantuan tanam semula dengan RISDA boleh hubungi Ibu Pejabat RISDA seperti dibawah atau layari PORTAL RASMI RISDA.

Alamat

Bangunan RISDA,

Km 7, Jalan Ampang,

Karung Berkunci 11067,

50990 Kuala Lumpur

TEL: 03-42564022

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

Menuntut Ilmu

Mengamalkan Ilmu

Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment