
ePangkat: Login Semakan Kenaikan Pangkat KPM
ePangkat merupakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi memenuhi keperluan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk pertama kali, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu ke dalam sistem epangkat.
Jika telah mendaftar, boleh terus login melalui pautan di bawah: https://naikpangkat.moe.gov.my/
Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021
LOGIN ePANGKAT
Cara Login ePangkat adalah seperti berikut. Ini mula dari awal bagi yang belum mendaftar. Bagi mereka yang sudah mendaftar boleh terus ke langkah seterunya.
Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar 2021: Tarikh penting Pertukaran Guru


Masukkan semua maklumat yang diminta pada ruangan yang disediakan. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda masukkan.
Permohonan Bantuan Yuran Taska RM 100 sebulan. Program Asuh Pintar 2021

Sila pilih tempat di mana anda bertugas. kategori tempat bertugas yang disediakan adalah, sekolah, PPD, JPN, Bahagian, IAB, Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan Guru.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Akhir sekali klik hantar.Maka selesailah pendaftaran anda.

Setelah itu, bolehlah mula login untuk mengisi maklumat permohonan epangkat ataupun semakan epangkat.

Dataf Kelahiran Online JPN di SINI
Cara Semak Keputusan Online

Setelah selesai membuat permohonan, seterusnya korang boleh membuat semakan secara atas talian (online) setelah keputusan permohonan korang keluar.
Layari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/.
Kemudian, korang hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik [SEMAK].
Kemudian, keputusan ePangkat akan terpapar.
*Nota: Pastikan anda menyimpan semua maklumat terutama Kata Laluan bagi memudahkan anda menyemak permohonan anda.
Nak tahu cara Login Portal DELIMa KPM klik: Login Portal DELIMa KPM 2021.
Lupa Katalaluan ePangkat

Pada laman web https://epangkat.moe.gov.my , klik pada [Lupa Kata Laluan]
Bagi pengguna biasa (PPP dan PKP), sila masukkan maklumat yang diminta bagi reset kata laluan anda
Klik pada butang [reset kata laluan] bagi meneruskan proses reset kata laluan anda
Skrin anda akan dipaparkan jika reset kata laluan anda berjaya
Seterusnya, anda boleh terus logmasuk ke sistem ePangkat seperti biasa
Kategori Pengguna ePangkat
Bil. | Kategori Pengguna | Keterangan |
1. | Calon | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah dan Bukan Siswazah) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) |
2. | Ketua Jabatan | Pengetua dan Guru Besar di sekolah, Pengarah / Ketua sama ada di JPN / PPD / Bahagian-bahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM |
3. | Urus setia Kenaikan Pangkat | Unit Naik Pangkat di JPN / Bahagianbahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM |
4. | Urus setia (mengeluarkan iklan, memproses dan memperakukan calon) | • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) – Urus setia Guru Cemerlang • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – Urus setia Pengetua Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang • Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) – Urus setia Pegawai Cemerlang • Cawangan Naik Pangkat, BPSM – Urus setia Hakiki / Time-Based |
Nak tahu menu menarik dalam DELIMA KPM 2021? Klik Menu Menarik Delima KPM
Jenis Laluan Kenaikan Pangkat KPM

Pasti ramai yang sedia maklum mengenai urusan kenaikan pangkat ini adalah berpandukan kepada sistem “time based” dimana ia ditawarkan mengikut prestasi dan kecemerlangan semasa.
Sebagai contoh, jika anda berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 seperti di bawah:
- gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
- gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
- gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun
Manakala bagi anda yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :
- DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
- DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
- DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
- DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN
Maklumat Lanjut Mengenai ePangkat
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, anda boleh rujuk maklumat dibawah :
Alamat : Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Email : cnp@moe.gov.my
Terima kasih. Semoga kita semua dimurahkan rezeki insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
Menuntut Ilmu
Mengamalkan Ilmu
Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com