Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Sukacita dimaklumkan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM kini dibuka untuk permohonan.
Inisiatif ini digerakkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) untuk veteran ATM dan orang tanggungan mengikut keperluan pesakit.
Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian bagi alat berkenaan.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Bantuan ini merupakan bantuan kewangan kepada veteran ATM atau tanggungan mereka untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tingkat, katil, tilam dan peralatan sokongan lain yang ditetapkan.
Kadar Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Untuk makluman, sumbangan akan diberikan secara sekaligus dengan jumlah maksim RM 5,000.
Syarat Kelayakan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pemohon memiliki kad veteran
- Pemohon tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
- Anak yatim veteran berusia di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekal
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian atau syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan laporan atau memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
- Bantuan bagi peralatan yang sama hanya layak dipertimbangkan semula dalam tempoh LIMA TAHUN.
- Tuntutan pembayaran balik hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pembelian alat berkenaan.
- Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:
- Tuntutan pembayaran bagi peralatan pesakit akan dibayar pada kadar 100% daripada nilai perolehan ataupun mengikut harga pasaran tertakluk kepada mana-mana yang lebih rendah.
- Sekiranya peralatan yang dibeli oleh pemohon tidak mengikut syor pegawai perubatan kerajaan atau melebihi daripada keperluan yang sepatutnya, Bahagian Kebajikan berhak mengesyorkan peralatan pesakit yang releven dengan keadaan pesakit dan pembayaran balik dibuat berdasarkan harga peralatan yang disyorkan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Pemohon dikehendaki untuk sertakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Borang JHEC.BK.2019
- Buku Perkhidmatan
- Siji kematian veteran / pasangan
- Kad veteran
- Mykad veteran/pasangan/anak
- Laporan perubatan (RM 2,000 ke atas)
- Sijil lahir /sijil anak angkat
- Sijil angkat
- Buku akaun bank
- Kad OKU
- 3 sebutharga dari 3 pembekal berbeza
- Resit asal
Cara Mohon Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Pemohon yang menepati syarat kelayakan boleh lakukan permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.
Borang permohonan boleh di muat turun di pautan di bawah :
BORANG-KEBAJIKAN-JHEV.BK_.2019-LATEST-AS-AT-2.9.2020-1-4Download
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
Nota : Pastikan semua butiran adalah tepat serta benar. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV.
Bantuan Rawatan Perubatan Selepas Persaraan ATM
Berikut adalah antara bantuan rawatan perubatan selepas persaraan yang boleh didapati oleh pesara ATM.
Veteran ATM dan orang tanggungan boleh mendapatkan faedah dan bantuan rawatan perubatan berikut (berdasar kelayakan):
- Rawatan Percuma di Hospital Kerajaan atau Tentera
- Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara (IJN)
- Rawatan Penyakit Buah Pinggang
- Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri
- Bayaran Balik Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta
- Bayaran Balik Ubat-ubatan
- Bayaran Balik Alat Ortopedik/Anggota Palsu
- Skim Bantuan Kebajikan (Peralatan Pesakit)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM, sila layari pautan berikut :
Pemohon juga boleh hubungi talian Call Centre JHEV di : 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com