Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja Format Terkini
Contoh surat rasmi berikut sebagai panduan kepada mereka yang ingin membuat surat kepada sesuatu pihak berkaitan permohonan rayuan aduan ataupun perkara lain. Contoh surat rasmi berikut disediakan bersama format rasmi yang perlu ada di dalam suatu surat rasmi. Surat kiriman rasmi ialah surat formal yang dibuat khusus bagi tujuan dan perhubungan yang rasmi. contoh surat rasmi
Ini kerana, surat kiriman rasmi ditulis berpandukan kepada format yang tertentu, penggunaan bahasa yang formal, dan panggilan yang rasmi. contoh surat rasmi
Antara contoh penggunaan surat kiriman rasmi adalah untuk membuat aduan/bantahan/cadangan, membuat rayuan, memohon peruntukan/derma, permohonan pekerjaan, membuat jemputan rasmi, surat menempah barangan atau tempat, dan lain-lain lagi yang melibatkan tujuan rasmi. contoh surat rasmi
Selain itu, surat rasmi juga adalah medium perhubungan yang penting di antara agensi Kerajaan dengan agensi Kerajaan yang lain. contoh surat rasmi
Lazimnya, surat kiriman rasmi dalam agensi Kerajaan dihantar untuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan, tindakan dan keputusan.
Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, surat kiriman rasmi kini boleh dihantar melalui emel dengan segera selain melalui pos, penghantaran tangan mahupun faks. Penggunaan emel dilihat lebih baik kerana kita boleh terus sampaikan kepada mereka yang kita ingin surat tersebut sampai.

Format Penulisan Surat Kiriman Rasmi
Penulisan surat kiriman rasmi tertakluk kepada format penulisan yang penting seperti berikut:
1.Nama dan Alamat Pengirim
Nama dan alamat pengirim mestilah diletakkan di bahagian paling kiri atas.
Pemulaan nama dan alamat pengirim tersebut perlu ditulis dalam huruf besar.
Pada penghujung setiap baris mestilah diletakkan tanda koma dan pada paling akhir alamat hendaklah diletakkan tanda noktah.
Di dalam alamat tersebut mestilah mengandungi nombor premis/rumah, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti, poskod, bandar, dan negeri.
Contohnya:
Ahmad Bin DIn
No 159, Jalan Intan,
Taman Intan,
71050 Nilai,
Negeri Sembilan.
Kemudian selang satu baris, dan satu garisan panjang melintang diletakkan sehingga hujung bagi membezakan alamat pengirim dan penerima.
Bagi jabatan rasmi Kerajaan pula, lazimnya alamat tersebut diletakkan di kepala surat yang dipanggil sebagai Letter Head.
Letter Head adalah pengenalan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi dan mengandungi alamat lengkap untuk memudahkan urusan surat menyurat.
Baca JUga: Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
2.Nama, Jawatan, dan Alamat Penerima
Nama, jawatan dan alamat penerima mestilah diletakkan selang satu baris daripada garisan melintang tersebut.
Seperti nama dan alamat pengirim, nama, jawatan, dan alamat penerima juga mestilah ditulis dalam huruf besar ada pemulaanya.
Setiap baris juga mestilah diletakkan tanda koma dan tanda noktah diletakkan paling akhir alamat pengirim iaitu selepas nama negeri.
Seperti dalam alamat pengirim, alamat penerima mestilah mengandungi nama premis, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti, poskod, bandar, dan nama negeri.
Contoh:
Pengarah,
Pejabat Pertanian Negeri Sembilan,
71050 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Baca Juga: Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
3.Tarikh:
Tarikh perlu ditulis selari dengan nama negeri pada bahagian alamat penerima di bahagian paling kanan surat.
Tarikh mestilah ditulis dengan menulis nombor haribulan, nama bulan (yang ditulis penuh) dengan kesemua huruf adalah huruf besar dan nombor tahun.
Contoh:
1 JUN 2021
4.Gelaran
Selang sebaris daripada alamat penerima adalah dikhaskan untuk gelaran.
Penulis perlu mengenalpasti gelaran yang sesuai untuk diletakkan di dalam surat kiriman rasmi tersebut.
Sebagai contoh, gelaran Yang Berhormat (YB) bagi wakil rakyat manakala individu yang pernah menerima Darjah Kebesaran daripada Persekutuan mahupun negeri, gelaran Dato’ Seri, Dato’ atau Datin Seri atau Datin digunakan.
Jika penulis sukar untuk mengenal pasti gelaran yang sesuai, mereka boleh menggunakan gelaran umum iaitu Tuan/Puan.
Penulisan gelaran di dalam surat kiriman rasmi tersebut mestilah disertai dengan tanda koma pada hujung gelaran tersebut.
Baca Juga:Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing
5.Perkara
Perkara perlulah ditulis selang sebaris daripada gelaran yang disebutkan tadi.
Perkara adalah maksud umum tujuan surat kiriman rasmi ini diberikan.
Pada kebiasaannya, perkara tidak ditulis terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
Perkara di dalam surat kiriman rasmi mestilah digariskan. Ini bagi membezakan perkara dan isi kandungan surat tersebut.
Contoh:
Permohonan Sewaan Dewan Bagi Tujuan Perkahwinan
Baca Juga: Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
6.Kandungan Surat
Kandungan surat perlulah menceritakan niat atau tujuan surat kiriman rasmi tersebut dihantar.
Surat kiriman rasmi tersebut mestilah tidak terlalu panjang atau meleret dan mempunyai beberapa perenggan.
Penomboran perenggan perlu dimulakan pada perenggan kedua dan seterusnya.
Pada kebiasaannya, kandungan surat kiriman rasmi akan diakhiri dengan ucapan sekian dan terima kasih.
Baca Juga: Contoh Nota Serah Tugas: Format Terkini & Garis Panduan Penyediaan
7. Tandangan, Nama dan Jawatan Pengirim
Di akhir surat kiriman rasmi ini, pengirim perlu menurunkan tandatangan di bahagian kiri surat.
Tandatangan itu mestilah diikuti dengan memberitahu nama penuh pengirim dalam huruf besar kesemuanya.
Selepas nama penuh ditulis, pengirim perlu menulis nama jawatan pengirim (jika ada) pada baris seterusnya.
Baca Juga: Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
Contoh Surat Kiriman Rasmi
Berikut merupakan contoh surat kiriman rasmi bagi panduan mereka yang ingin menulis surat dalam format terkini seperti artikel ini.
Contoh Surat Kiriman Rasmi Bantuan Air Untuk Rumah Kenduri
Berikut dikongsikan contoh surat permohonan bantuan bekalan air untuk rumah kenduri melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA). Jika anda ingin membuat surat kepada pembekal air syarikat air lain mengikut negeri anda, boleh salin surat dibawah dan ubah nama serta perkara-perkara lain mengikut keperluan anda.
Majid Bin Ismail
Lot 402 Kampung Baru
Mukim Tualak
06300 Kuala Nerang
Kedah
Tuan Pengurus
SADA Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
Kedah
Tuan,
PERMOHONAN BANTUAN BEKALAN AIR UNTUK KEGUNAAN KENDURI
Merujuk kepada perkara diatas.
2. Saya Majid Bin Ismail beralamat seperti diatas No. KP 560802-02-5521 ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan bantuan bekalan air bagi majlis kenduri di rumah saya yang akan berlangsung pada 16 Julai 2022 ini.
3. Untuk makluman pihak tuan, permohonan ini adalah sebagai persediaan bagi pihak saya sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada hari berlangsungnya kenduri di rumah saya.
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan pihak Tuan boleh hubungi saya di talian 014-9014031.
Sekian, Terima kasih
Yang benar
—————————–
Majid Bin Ismail
Baca Juga: Soalan & Jawapan Medsi 2021:Contoh soalan & Jawapan MEdSI Terkini
Contoh Surat Rasmi Sewa Dewan
Contoh surat rasmi berikut adalah surat untuk permohonan menyewa dewan serbaguna. Contoh surat ini juga boleh digunakan untuk membuat surat-surat rasmi sewaan lain.

Baca Juga: Elaun EMK 2021:Semakan Kelayakan & Kadar Bantuan Elaun Murid Berkeperluan Khas
Contoh Surat Rasmi Aduan
Berikut adalah contoh surat rasmi untuk membuat aduan masalah anda.

Baca Juga: Maybank Trade:Cara Buka Akaun CDS & Pelaburan Online Maybank2u
Contoh Surat Rasmi Rayuan
Berikut adalah contoh surat rasmi untuk membuat rayuan.

Baca Juga: Cara Guna Zoom Melalui Telefon & Komputer
Surat Permohonan
Berikut adalah contoh surat rasmi untuk membuat permohonan.

Baca Juga: Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1
Surat Permohonan Kerja
Berikut adalah contoh suratrasmi untuk membuat permohonan jawatan kosong.

Baca Juga: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021
Surat Rasmi Perletakan Jawatan Berhenti Kerja Resign
Berikut contoh suratrasmi untuk membuat permohonan meletak jawatan berhenti kerja atau resign letter.

Baca Juga: Jadual Siaran Langsung Olimpik 2021 LInk Live Streaming:Saluran Astro,TV1,TV Okey & RTM SPORT HD
Surat Permohonan Sumbangan
Berikut contoh surat rasmi untuk membuat permohonan sumbangan.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:
- Dermasiswa Lepasan SPM:Cara Memohon & Semakan Kelayakan Sesi 2021/2022
- Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK
- Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022:Tatacara Permohonan Biasiswa RM4400 Sebulan
- Permohonan Biasiswa Kumpulan Maybank 2021:Cara & Syarat Permohonan
- Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon
- Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
- Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
- Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama
- Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021
- PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang contoh surat rasmi ini memudahkan anda membuat rujukan serta panduan membuat surat insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com