Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois

Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois

Contoh invois ini adalah untuk memudahkan mereka yang mencari contoh sebagai rujukan atau cara menyemak invois sebagai rujukan.

Apakah itu Invois? Invois atau dipanggil Invois Jualan ialah merupakan dokumen yang perlu dihantar oleh pembekal kepada pembeli.

Invois adalah apabila anda telah melakukan beberapa kerja untuk pelanggan, dan sekarang anda perlu dibayar. Jadi anda menyenaraikan semua yang anda lakukan, butiran harga, dan memberikan jumlah yang pelanggan anda berhutang.

Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan. Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya. Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli. Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.

Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan. Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.

Invois dikeluarkan untuk selepas DO. Maklumat pembayaran diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan membuat pembayaran, disertakan bank in slip, cek sebagai bukti pembayaran. Jika pembayaran sudah dibuat, hanya resit rasmi dikeluarkan.

Invois ini bertujuan untuk menetapkan nilai dan kewajiban yang perlu dibayar oleh pembeli setelah membuat pesanan dan membeli.

Erti kata lain, invois ini adalah pengesahan perjanjian antara pembekal dan pembeli di atas semuah barangan atau perkhidmatan.

Baca Juga: Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing

Contoh Invois Pembelian Peralatan sekolah

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Maklumat Yang Disertakan Dalam Invois

Berikut ialah perkara yang perlu disertakan dalam satu invois sebagai bukti pembayaran :

  • No Invois

No invois ini penting sebagai rujukan jika berlaku kekeliruan setelah selesai jualan. No invois sebagai rujukan untuk menyemak semula. No invois juga biasanya jika anda berurusan dengan pejabat yang memerlukan no invois untuk di kemaskini dalam rekod bayaran pejabat tersebut.

  • Tarikh Invois Dibuat

Tarikh invois adalah penting, tarikh invois ialah tarikh pembayaran yang telah dibuat atau dibayar oleh pembeli kepada pembekal. Tarikh bahawa invois telah dibuat. Jangan lupa! Tarikh invois bermula jam berdetik pada pelanggan. Sekiranya anda mempunyai istilah (had masa untuk pembayaran), anda ingin menyertakan tarikh supaya semua orang tahu bila pembayaran itu perlu dibayar.

  • Nama dan Alamat

Selain itu, nama dan alamat pelangga dan pembekal juga perlu disertakan. Nama dan alamat pelanggan dan pembekal. Sekiranya anda membuat invois dalam perisian perakaunan, anda hanya perlu alamat e-mel pelanggan, tetapi ia masih merupakan idea yang baik untuk mengumpul dan menyertakan alamat fizikal, sekiranya anda perlu menghantar surat atau dokumen sebenar

  • Penerangan Barangan

Dalam invois jualan ini, anda perlu sertakan penerangan tentang barangan yang dibeli oleh pembeli contohnya seperti harga dan kuantiti. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan sekiranya terjadi kesilapan setelah urusan jual beli telah dibuat. Selalunya, penerangan perkara standard dan nombor inventori akan disertakan dalam invois.

Keterangan barang yang dibeli , sama ada produk atau perkhidmatan, termasuk harga dan kuantiti. Selalunya anda akan mempunyai penerangan perkara standard dan nombor inventori. Tetapi menjadi seperti yang spesifik dan terperinci, apabila anda membuat invois. Ini mengelakkan kekeliruan dan “Saya tidak tahu” isu.

  • Syarat Pembayaran

Syarat pembayaran bermaksud bahawa jumlah keseluuhannya akan terhutang pada tempoh tertentu. Contohnya, jika pembekal menyatakan “30 hari” maka, jumlah keseluruhannya akan terhutang dalam tempoh 30 hari.

Format Membuat Invois

Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.

Baca Juga: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Cara Baca Atau Semak Invois

Cara anda sebagai pihak yang membeli atau membayar menyemak invois adalah pastikan:

  1. No invois tertera
  2. Tarikh Invois sama dengan tarikh belian atau bekalan.
  3. Bilangan belian atau bekalan sama dengan permintaan anda
  4. Harga barangan sama dengan semasa bayaran atau permintaan
  5. Cop syarikat atau jika invois dicetak perlu ada nama syarikat.
  6. Jika ada tarikh boleh membuat tuntutan gantirugi jika berlaku kerosakan pastikan tarikh itu ada pada invois
  7. Tandatangan jika perlu

*Nota: Pastikan anda menyemak semua perkara diatas supaya jika berlaku masalah anda boleh menuntut gantirugi daripada pembekal jika barang tersebut semasa perjanjian boleh menuntut gantirugi.

Contoh Invois Pembelian Peralatan sekolah

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Contoh Invois

Berikut ialah beberapa contoh invois jika anda membuat urusniaga pembelian atau jualan :

Contoh Invois Katering

contoh invois

Contoh Invois Perkhidmatan

Contoh Invois Katering

Contoh Invois Membekal Alat Tulis

Contoh Invois Perkhidmatan

Baca Juga: E-Lembaga Peperiksaan:Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan & Semak Semula Status Exam

Contoh Invois Membekal Peralatan Keperluan Pejabat

Contoh Invois Membekal peralatan keperluan pejabat

Baca Juga: Jawatan Kosong Guru DG41:Cara Mohon Online/Guna APPS & Semakan Permohonan

Contoh Invois Pembelian/Membekal Peralatan Elektronik

Contoh Invois Pembelian Peralatan Elektronik

Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat mySPP 2021

Tujuan Invois

Tujuan utama dia ialah untuk meminta pembayaran wang. Selain itu ia juga sebagai rekod transaksi bagi pembeli dan penjual. Ia juga sebagai bukti sesuatu kerja yang anda lakukan dan jumlah bayaran bagi tujuan cukai. Dalam invois juga akan ada detail transaksi seperti tarikh pembayaran, apa akan berlaku jika terlewat bayar dan sebagainya.

Jadi, jika anda membuat sebarangan urus niaga jualan barangan atau perkhidmatan, anda boleh menggunakan invois seperti di atas bagi bukti pembayaran jualan. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment