Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji

Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji

Surat rayuan menunaikan Ibadah Haji ini dikongsikan sebagai panduan bagi mereka yang ingin memohon rayuan ke tanah suci melalui Lembaga Tabung Haji. Surat rayuan Ibadah Haji ini boleh mula dikemukakan kepada Lembaga Tabung Haji apabila senarai penuh mereka yang layak menunaikan Haji pada tahun tersebut dikeluarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji.

Contoh surat rayuan menunaikan Ibadah Haji berikut dikongsikan mengikut beberapa kategori yang dirasakan amat berguna kepada kita semua. Anda dibenarkan untuk salin mana-mana surat yang dirasakan dapat membantu anda untuk memudahkan permohonan rayuan anda ke tanah suci.

Semua pejabat Lembaga Tabung Haji memerlukan TemuJanji online sebelum membuat urusan. Ketahui cara buat temujanji online Tabung Haji di SINI.

Bila sudah pernah pergi umrah, pasti hati terasa resah untuk pergi menunaikan haji pula. Rasa macam tertunggu-tunggu, walaupun tahu, tempohnya lama lagi. Izinkan kami berkongsi contoh surat rayuan haji yang boleh digunapakai.

Siapa tak nak pergi haji kan?

Jangan putus atas, kita kena berusaha. Dapat atau tidak, itu perkara kedua. Rezeki, Allah yang bagi.

Berikut ialah contoh surat rayuan Ibadah Haji yang boleh digunapakai untuk yang mengikut suami atau mengikut isteri (tengok siapa yang dapat tawaran dahulu), sebagai pengiring warga emas dan secara berkumpulan.

Baca Juga: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Permohonan Rayuan menunaikan Ibadah Haji

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Borang rayuan Haji 2020

Sebagai satu usaha penambahbaikan mulai 2020, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji tahun ini. Ini ialah borang rayuan untuk menunaikan Fardu Haji pada 1441 Hijrah iaitu tahun 2020 Masihi.

Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh untuk menunaikan haji secara Muassasah.

Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh. Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji subsidi adalah kekal.

borang rayuan menunaikan ibadah Haji

Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Keutamaan Rayuan Permohonan Haji

Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan di beri kepada mereka yang membuat rayuan mahram, rayuan untuk yang lanjut usia serta pembantu individu lanjut usia. Keutamaan juga adalah untuk mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikutnya.

permohonan rayuan menunaikan ibadah Haji

Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

 Bagaimana Untuk Buat Rayuan Haji?

Pemohon yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji seperti pautan di bawah, atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan Tabung Haji yang terdekat. Borang rayuan juga boleh dihantar ke cawangan Tabung Haji yang ada di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak Tabung Haji akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses.

permohonan rayuan menunaikan ibadah Haji

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Borang Rayuan Haji

Jika telah menghantar surat rayuan haji dan telah diterima dan diserahkan kepada Tabung Haji sebelum ini akan tetap diproses dan dipertimbangkan dalam proses pemilihan Jemaah haji bagi Musim Haji 1441H/2020M.

Namun, adalah digalakkan agar perayu dapat mengisi borang rayuan haji untuk membantu proses pemilihan tersebut.

Kami difahamkan, permohonan rayuan pada kali ini ialah memadai dengan hanya menghantar borang rayuan Haji ini sahaja.

Tidak lagi perlu menghantar surat rayuan Haji seperti tahun-tahun terdahulu.

Walau bagaimanapun, tidak salah jika masih mahu menghantar surat. Segala keputusan tertakluk kepada pihak Tabung Haji.

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Muat Turun Borang Rayuan

Download borang rayuan Haji 2020 dalam format PDF di sini.

borang rayuan menunaikan ibadah Haji

Baca Juga:Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Surat Rayuan Haji

Berikut dikongsikan beberapa contoh surat rayuan haji mengikut kategori yang disediakan.

  1. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Bersama mahram)

2. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Individu)

3. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Warga emas)

4. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Sebagai pengiring)

5. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Mengikut suami)

6. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Mengikut isteri)

7. Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Suami isteri)

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Contoh Surat Rayuan Haji (Bersama mahram)

Ini adalah Surat Rayuan Ibadah Haji yang paling popular, yang paling ramai orang cari. Samada anda mahu membantu buat surat rayuan Ibadah Haji untuk mahram, atau anda yang mahu buat surat rayuan Ibadah Haji bersama mahram, boleh ikut contoh di bawah.

Apa contoh dengan mahram?

Contohnya, sebagai anak lelaki, dia boleh menemankan ibu yang sudah kematian suami.

Contoh yang lain, seorang adik lelaki, boleh menemankan kakak yang belum berkahwin.

Nyatakan alasan mahram dan menjaga keselamatan mereka:

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH <Ibu>:<Nombor akaun>

Nombor akaun TH <mahram>:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, <ibu> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Walau bagaimanapun, ibu saya sudah kematian suami.

Atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan ibu yang kurang baik, sebagai mahram, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan ibu sepanjang berada di sana.

Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu> saya.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC>

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Individu)

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji individu yang layak. Contoh terbaik ialah seorang lelaki yang tidak perlu mahram dan sihat tubuh badan.

Cara terbaik ialah email Surat Rayuan Ibadah Haji kepada [email protected] dan dalam masa yang sama, hantar juga Surat Rayuan Ibadah Haji seperti alamat dalam artikel ini. Boleh rujuk laman web rasmi TH untuk maklumat lanjut.

Berikut ialah contoh surat rayuan haji yang mudah, ringkas dan simple. Tidak perlu panjang-panjang.

Cukup letakkan butiran diri dan alasan yang munasabah.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, tahun ini saya berusia <30 tahun>. Masih muda dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Saya juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji saya juga sudah mencukupi.

Anak-anak saya belum lagi bersekolah. Saya rasa inilah peluang dan masa terbaik untuk saya menunaikan haji. Isteri saya akan menjaga anak-anak sepanjang saya berada di sana.

Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC>

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

Contoh Surat Rayuan Haji (Warga emas)

Berikut ialah contoh

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji sebagai pengiring. Kebiasannya, sebagai mahram, atau mengiringi ibu-bapa yang sudah tua dan tidak sihat.

Untuk warga emas yang boleh pergi sendiri tanpa pengiring. Sila nyatakan alasan Surat Rayuan Ibadah Haji yang berkaitan dengan umur dan tahap kesihatan.

Jika tidak sihat, anak boleh buat rayuan untuk bersama-sama ibu atau bapa warga emas.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, usia saya sudah lanjut. Kesihatan juga baik. Sekiranya tidak dapat menunaikan haji dalam masa terdekat, saya bimbang faktor usia akan menghalang saya daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC>

Baca Juga:Semak Cabutan SSP BSN:Check Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium Tahunan

Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Sebagai pengiring)

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji sebagai pengiring. Kebiasannya, sebagai mahram, atau mengiringi ibu-bapa yang sudah tua dan tidak sihat.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH <Ibu/Bapa>:<Nombor akaun>

Nombor akaun TH <pengiring>:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, <ibu/bapa> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Namun, atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan yang kurang baik, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan mereka sepanjang berada di sana.

Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu/bapa> saya.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC>

Baca Juga: Semak Semula Keputusan SPM 2020:Cara Buat Rayuan Cetak Borang Semakan

Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Mengikut suami)

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji haji kerana mengikut suami yang telah mendapat tawaran.

Antara alasan yang boleh digunakan Surat Rayuan Ibadah Haji ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, suami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama suami.

 Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC Isteri>

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021

Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Mengikut isteri)

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji kerana mengikut isteri yang telah mendapat tawaran.

Antara alasan yang boleh digunakan Surat Rayuan Ibadah Haji ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

Jika ikut isteri, boleh masukkan untuk menjadi mahram dan menjaga keselamatan isteri.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, isteri saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama isteri.

 Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.

Selain itu, kami akan menjadi mahram pada isteri. Saya juga akan menjaga keselamatan isteri sepanjang beliau berada di sana.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC Suami>

Baca Juga:Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’

Contoh Surat Rayuan Ibadah Haji (Suami isteri)

Berikut ialah contoh Surat Rayuan Ibadah Haji haji suami isteri yang kedua-duanya tidak mendapat tawaran.

Jika tarikh dijangkan menunaikan haji kurang dari 10 tahun, boleh cuba rezeki dengan menghantar Surat Rayuan Haji ini.

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020 Masihi/1441 Hijrah>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, kami telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

Untuk makluman Tuan, kami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat kami untuk menunaikan haji bersama-sama.

 Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.

Sebagai seorang suami yang bakal menemankan isteri, saya akan menjaga keselamatan beliau sepanjang berada di sana.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Pemohon>

<Nombor IC Suami>

Surat Rayuan Ibadah Haji

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Semakan Keputusan Rayuan Haji 2021

Masih terlalu awal untuk memberitahu tentang semakan keputusan rayuan haji.

Kami sarankan anda fokus untuk hantar dulu permohonan rayuan haji seperti contoh-contoh surat di atas.

Baca Juga: Tarikh Keputusan EGTukar 2021: Tarikh penting Pertukaran Guru

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Tabung Haji di +603-6207 1919.

Walaupun kita hantar surat rayuan haji secara online melalui, berserta surat ke pejabat Bahagian Operasi Domestik, ingatlah bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah.

Selepas berusaha, jangan lupa berdoa agar Allah mudahkan urusan kita.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Surat Rayuan Ibadah Haji ini memudahkan anda untuk membuat rayuan untuk menunaikan Ibadah Haji dengan mengemukakan surat. insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment