Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri

Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri

Contoh surat permohonan bantuan bekalan air untuk kenduri melalui penyedia bekalan air negeri masing-masing. Jika anda ingin mengadakan kenduri di rumah anda, anda mungkin ingin menyediakan bkalan air tambahan sebagai persediaan jika berlaku masalah air luar jangka semasa kenduri berlangsung.

Berikut dikongsikan contoh surat permohonan bantuan bekalan air untuk kenduri melalui penyedia bekalan air mengikut negeri serta tempat tinggal masing-masing.

Baca Juga:

Cara Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Penulisan surat kiriman rasmi tertakluk kepada format penulisan yang perlu dipatuhi seperti berikut:

Nama dan Alamat Pengirim

Nama dan alamat pengirim mestilah diletakkan di bahagian paling kiri atas.

Pemulaan nama dan alamat pengirim tersebut perlu ditulis dalam huruf besar.

Pada penghujung setiap baris mestilah diletakkan tanda koma dan pada paling akhir alamat hendaklah diletakkan tanda noktah.

Contoh Surat Bekalan Air Untuk Kenduri SADA

Berikut dikongsikan contoh surat permohonan bantuan bekalan air untuk rumah kenduri melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA). Jika anda ingin membuat surat kepada pembekal air syarikat air lain mengikut negeri anda, boleh salin surat dibawah dan ubah nama serta maklumat mengikut keperluan anda.

Majid Bin Ismail

Lot 402 Kampung Baru

Mukim Tualak

06300 Kuala Nerang

Kedah

Tuan Pengurus

SADA Kuala Nerang

06300 Kuala Nerang

Kedah

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN BEKALAN AIR UNTUK KEGUNAAN KENDURI

Merujuk kepada perkara diatas.

2.            Saya Majid Bin Ismail beralamat seperti diatas No. KP 560802-02-5521 ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan bantuan bekalan air bagi majlis kenduri di rumah saya yang akan berlangsung pada 16 Julai 2022 ini.

3.            Untuk makluman pihak tuan, permohonan ini adalah sebagai persediaan bagi pihak saya sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada hari berlangsungnya kenduri di rumah saya.

4.            Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan pihak Tuan boleh hubungi saya di talian 014-9014031.

Sekian, Terima kasih

Yang benar

—————————–

Majid Bin Ismail

Baca Juga: eRumah Johor 2022:Daftar,Permohonan & Semakan Rumah Mampu Milik Johor

Akhir Kalam

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai contoh surat permohonan bantuan bekalan air untuk kenduri melalui penyedia bekalan air negeri masing-masing ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Artikel Lain:

Leave a Comment