Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Perkongsian ini untuk para ibu bapa dan pelajar melihat serba sedikit contoh surat rayuan MRSM bagi mereka yang gagal dalam ujian untuk ke MRSM baru-baru ini.

Ramai emak ayah yang hendak anaknya masuk ke sekolah berasrama penuh MRSM. Namun kadang-kadang permohonan kemasukan tersebut tidak berjaya. Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan dengan menggunakan surat rayuan MRSM.

MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April.

Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi dengan membuat surat rayuan MRSM.

Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan dan memerlukan contoh surat rayuan MRSM bolehlah merujuk kepada contoh surat rayuan ke MRSM seperti di bawah ini. Difahamkan, rayuan ke MRSM kini boleh dibuat secara online.

Disini dikongsikan format surat rayuan MRSM dan juga beberapa contoh surat rayuan MRSM untuk panduan semua.

Jika anda ingin menyemak keputusan permohonan Klik: Keputusan Permohonan MRSM

Surat Rayuan MRSM

Baca Juga: PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Format Contoh Surat Rayuan

Untuk kes surat rayuan MRSM, biasanya melibatkan permohonan bagi kali kedua untuk sesuatu perkara atau kemasukan. Surat rayuan ditulis setelah permohonan awal ditolak oleh pihak terbabit.

Antara beberapa jenis surat rayuan yang kerap ditulis biasanya melibatkan permohanan rayuan bagi memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), rayuan kemasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), rayuan bagi memohon biasiswa JPN, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran saman dan pelbagai jenis rayuan yang lain.

Kami telah menyediakan satu jenis surat rayuan kemasukan ke MRSM di bawah untuk rujukan pembaca.

Beberapa panduan untuk menulis surat rayuan MRSM:

● Format yang digunakan untuk menulis surat rayuan adalah dengan menggunakan format surat kiriman rasmi

● Format penulisan ini merupakan satu format yang standard dan semua jabatan kerajaan atau syarikat menggunakan format yang sama

● Penulisan surat rayuan melibatkan tujuan dan urusan yang rasmi

● Bahasa perlu terus dan telus maksudnya, tidak perlu tulis terlalu berbunga-bunga atau menggunakan simpulan bahasa

● Lampirkan sekali lampiran seperti surat sokongan hospital, surat tawaran kemasukan ke SBP, transkrip keputusan peperiksaan.

● Pastikan hanya memberikan salinan bagi setiap lampiran, bukan yang sijil atau surat yang asli

● Dapatkan juga dokumen sokongan bagi membantu rayuan seperti surat sokongan daripada doktor, ketua kampung, wakil rakyat ataupun yang lebih baik sokongan daripada menteri sendiri.

Jom tengok contoh yang kami berikan di bawah sebagai rujukan anda. Format dia adalah berdasarkan contoh surat rayuan rasmi yang kami pernah tulis. Tarikh mungkin akan lari sikit. Anda refer gambar yang kami beri di bawah.

Surat Rayuan MRSM

Baca Juga:Permohonan PPC :Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Contoh Surat Rayuan 1

Contoh surat rayuan MRSM pertama adalah seperti berikut:

Nasrullah bin Syuaib

No 99, Lorong Nangka 3,

Taman Nangka Emas,

14300, Nibong Tebal,

PULAU PINANG.

________________________________________

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah.

Majlis Amanah Rakyat,

Ibu Pejabat MARA,

Jalan Raja Laut,

50609, KUALA LUMPUR. 20 JANUARI 2019

Tuan / Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM Tahun 2019

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan bapa kepada Tsaqifah Ajlaa Binti Nasrullah ingin membuat rayuan untuk anak saya. Saya ingin memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 1 bagi sesi 2019.

2. Permohonan murid ini ke MRSM telah dilakukan, namun tidak berjaya. Berikut adalah maklumat peribadi murid tersebut:

● Nama murid: Tsaqifah Ajlaa binti Nasrullah

● No Kad Pengenalan: 060220-03-2211

● No Angka Giliran UPSR: PM0201020

3. Untuk makluman tuan, pada UPSR 2016, murid ini memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2018. Manakala peperiksaan UPKK 2018, dia mendapat 8A. Murid ini juga aktif dalam kegiatan kokurikulum semasa di sekolah rendah dalam badan beruniform Pengakap dan Kelab Muzik. Beliau juga pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke Jamboree Peringkat Kebangsaan 2017 dan wakil negeri bagi pertandingan nyanyian. Saya turut melampirkan sijil penyertaan bersama-sama surat ini.

4. Untuk makluman dan perhatian pihak tuan juga, murid ini walaupun menerima surat tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa tetapi menolak tawaran tersebut kerana lebih berminat untuk menyambung pelajaran di MRSM. Saya juga ada melampirkan sekali satu salinan surat rasmi tawaran ke SBP daripada KPM yang dikeluarkan oleh Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Ini adalah nombor rujukan bagi kegunaan pihak tuan. (Ruj: KPM800-2/3/12 Jld22) bertarikh 5 Januari 2019.

5. Saya bapa kepada murid sangat mengharapkan agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan kemasukan ke MRSM ini. Besar harapan saya sebagai seorang bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik ke MRSM.

6. Segala jasa baik daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar

Nasrullah

————————

(NASRULLAH BIN SYUAIB)

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Surat Rayuan MRSM

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR

Contoh Surat Rayuan 2

Contoh surat rayuan MRSM kedua:

Acap bin Zahir

PPD 79, Parit Punggur Darat,

Jln Sri Tanjung, 84150 Muar,

Johor.

Pengarah

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                       4 Mac 2013

Tuan/Puan,

Perkara : Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2013

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2013.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat sekolah, sukan olahraga peringkat daerah, Saintis Muda peringkat negeri, Kuiz Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat zon dan Essay Writing peringkat zon.

3. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang terakhir mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan anak sedara saya bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah habis belajar di MRSM.

4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang terakhir ini dapat masuk ke MRSM Serting.

5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

Nama Pemohon: Khairul Anuar Asaari bin Farou

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, Muar, Johor

No.Sijil Lahir: AP*****

No. K/: 000226-01-****

Angka Giliran: JF1291008

MRSM dipilih: MRSM Serting, Negeri Sembilan

6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………

( Acap bin Zahir )

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Surat Rayuan MRSM

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Contoh Rayuan MRSM 3

Contoh surat rayuan MRSM seterusnya adalah seperti berikut:

Siti Nurhaliza Taruddin,

130 taman long jaafar f3/4,

Kampung boyan, 34000,

Taiping,

Perak

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),

Tingkat 19, Bangunan Medan MARA,

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                                       30 MAC 2014

Tuan/Puan

RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.

3. Dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX

4. Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-

• Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (UPSR 2017 – Sains A).

• Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada diperingkat sekolah ataupun anjuran luar

• Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.

• MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………

Siti Nurhaliza Taruddin

Surat Rayuan MRSM

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Alamat Surat Rayuan Dihantar

Selain online,surat rayuan MRSM tersebut mestilah dihantar secara pos ke alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR

Atau anda boleh cuba untuk email surat surat rayuan MRSM tersebut ke bahagian MARA seperti yang dinyatakan. Jangan lupa untuk sertakan surat sokongan (jika ada).

Surat sokongan ini boleh anda dapatkan menerusi Guru Besar atau Wakil Rakyat di tempat anda bagi meningkatkan lagi peluang rayuan kemasukan ke MRSM kepil bersama surat rayuan MRSM.

Surat Rayuan MRSM

Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut surat rayuan MRSM dan pertanyaan tentang contoh surat rayuan MRSM atau lain-lain pertanyaan anda boleh hubungi:

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2613 2000

atau layari: https://www.mara.gov.my/

atau e-mel : [email protected]

Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Ke MRSM ini memberi manfaat untuk semua pemohon dan memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan Contoh Surat Rayuan Ke MRSM yang diberi. Selamat mencuba surat rayuan MRSM dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang surat rayuan MRSM ini memudahkan anda membuat rayuan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat”

Leave a Comment