Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini

Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini

Tips serta Panduan membuat resume terbaik serta Contoh Resume Terbaik mengikut format terkini : Cara Buat resume ringkas dan ringkas, CV, contoh cover letter ikut format untuk Mohon Kerja Dalam Bahasa Melayu tahun 2022

Ramai yang datang ke halaman keptennews ini untuk mencari segala maklumat anda sedang bersiap sedia untuk menambat hati kalangan majikan di Malaysia melalui contoh resume terbaik anda sendiri terutamanya dikalangan fresh graduate.

Kami suka untuk beritahu kepada anda di mana kami akan berkongsi kepada anda segala maklumat, tips, panduan, contoh dan cara buat resume kerja bagi membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.

Kami pasti semua anda faham apa yang dikatakan tentang resume, tetapi kami pastikan tidak semua tahu bagaimana menghasilkan dan buat resume terbaik untuk mohon kerja kosong singapore mengikut contoh format resume yang telah ditetapkan.

Samada anda mahu buat secara ringkas sahaja, buat dalam bahasa Melayu yang paling pentingnya adalah contoh format resume diterima oleh kalangan majikan, Contoh Resume Terbaik seperti di bawah.

Berikut dikongsikan Contoh Resume Terbaik serta maklumat lain berkaitan Contoh Resume Terbaik untuk panduan anda membuat resume.

Baca juga: Jawatan Kosong MADA:Permohonan Jawatan Kosong MADA

Kesalahan Membuat Resume Punca Resume Ditolak

Berdasarkan maklumat yang keptennews terima, ada pelbagai sebab yang menyebabkan resume anda tidak menarik dan tidak dipertimbangkan sekaligus kena tolak antaranya kerana :

  1. Anda tidak senarai skill (kemahiran) yang anda miliki untuk ditawarkan di tempat kerja baru anda
  2. Resume cukup sekadar 2 muka surat. Jikalau berjela-jela sehingga ada 3 muka surat dan lebih pastinya resume anda tidak dilayan. Ini kerana anda kena faham, bukan resume anda sahaja di atas meja
  3. Alamat yang diberikan sangat kebudak-budakan dan tidak profesional ataupun menggunakan nama samaran
  4. Tidak boleh ada kesilapan tatabahasa mahupun ejaan

Tips Penulisan Contoh Resume Terbaik

  • Pastikan resume anda guna font yang profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva
  • Gunakan font size antara 10 hingga 12 sahaja
  • Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat.
  • Tumpukan lebih banyak untuk senarai pengalaman kerja anda sebelum ini, kemahiran yang anda miliki, pencapaian tertinggi anda setakat ini. Ini antara elemen yang diperhatikan terlebih dahulu oleh majikan anda
  • Senaraikan tahap pendidikan anda dari keputusan SPM sehingga pengajian tertinggi anda
  • Buat resume ringkas tetapi padat sehingga sekali majikan anda terpandang terus mendatangkan minat untuk membelek selama beberapa saat. Samada dipertimbangkan atau tidak terpulang kepada ‘kualiti’ kandungan resume anda sendiri
  • Cukup sekadar anda letakkan nama, jawatan serta nombor telefon yang perlu dihubungi untuk tujuan penegsahan segala maklumat berkaitan yang anda tulis pada resume tersebut.
  • Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  • Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  • Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  • Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume

Contoh Kesalahan Resume Permohonan Kerja

Kesalahan 1: Menggunakan font yang tidak menarik, terlalu meleret-leret dan membiarkan ruang besar terlalu banyak yang sepatutnya dimuatkan dengan info lain supaya lebih padat tetapi masih lagi ringkas

Kesalahan 2 : Menulis beberapa perkara yang tidak perlu dimasukkan sebenarnya. Resume yang agak hambar di mata majikan

Kesalahan 3 : Masih lagi menulis maklumat yang tidak perlu dan terlalu panjang untuk disemak majikan.

Ini antara contoh resume yang sepatutnya anda jangan sesekali ikut

Contoh Kesalahan Resume Permohonan Kerja
Contoh Kesalahan Resume Permohonan Kerja
Contoh Kesalahan Resume Permohonan Kerja

Ciri-ciri Resume Terbaik

  1. Hanya satu (1) mukasurat
  2. Meletakkan gambar yang profesional
  3. Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email (masukkan maklumat)
  4. Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
  5. Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
  6. Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12

Contoh Resume Terbaik

Berikut dikongsikan contoh resume terbaik untuk panduan anda membuat resume:

Contoh Resume Terbaik
Contoh Resume Terbaik

Perbezaan Resume Dan CV (Curiculum vitae)

Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:

ResumeCV(Curiculum vitae)
Satu muka suratDua atau tiga muka surat
Tiada format tetapTerdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkanTidak perlu untuk sertakan gambar
Maklumat yang berkaitan jawatan sahajaMaklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan
Tidak perlu Cover LetterPerlu sertakan Cover Letter

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment