Bantuan Warga Emas JKM:Permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan (BWE JKM)
Bantuan warga emas JKM merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warrga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Jumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah dariapda RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 dahulu.
Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.
Bantuan ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka.
Pengenalan Bantuan JKM
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Objektif Bantuan JKM
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM 2022
Senarai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh dimohon oleh mereka yang memenuhi kreteria adalah seperti senarai di bawah. Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).
Kriteria Kelayakan Bantuan Warga Emas JKM
Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Warga emas yang berumur 60 tahu ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di bawah institusi kendalian JKM/pusat jagaan
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Permohonan Bantuan Warga Emas JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:
Dokumen Sokongan Bantuan Warga Emas JKM
Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan bantuan warga emas JKM ini anda boleh layari https://www.jkm.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan dengan anda.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan Bantuan Warga Emas JKM ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Bantuan Warga Emas JKM Bantuan Warga Emas JKM Bantuan Warga Emas JKM