Duit BKM Tak Masuk:Kenapa Belum Masuk Akaun (Lulus Tapi Tak Dapat Lagi)
Adakah anda antara orang yang masih tak dapat duit BKM lagi, duit BKM tak masuk akaun lagi? Pasti mahu tahu bukan, kenapa duit BKM tak masuk lagi, sedangkan orang lain sudah dapat. Izinkan kami berkongsi.
Sila rujuk maklumat di bawah. Tak perlu tanya lagi tentang status pembayaran BKM, BKM masuk bila ataupun bila dapat duit BKM.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kenapa Duit BKM Tak Masuk untuk tujuan semakan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Kenapa Duit BKM Tak Masuk lagi?
Sebenarnya, ada beberapa sebab. Antaranya ialah:
Mendapat Status Gagal Kredit
Tunggulah macam mana sekalipun, duit bantuan tetap tidak akan masuk kalau status anda ialah Gagal Kredit.
Status Gagal Kredit ini berlaku apabila anda tetap membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana akan terjadi Duplikasi Permohonan.
Secara ringkasnya, perkara ini terjadi apabila anda memang sudah sedia Lulus, tetapi masih lagi buat permohonan baru BKM. Jadi, apabila ini terjadi, akan berlaku Duplikasi Permohonan seperti yang dinyatakan tadi.
Giliran Pembayaran Mengikut Bank
Ikut giliran pembayaran BKM mengikut bank
- Kerajaan akan masukkan duit bantuan ke bank-bank terpilih. Contohnya, sebelum anda menerima duit BKM dari Bank Islam, kerajaan akan terlebih dahulu memasukkan duit ke Bank Islam.
- Selepas Bank Islam menerima duit tersebut, barulah akan diagih-agihkan. Proses ini mengambil masa, bukan satu hari punya kerja. Lebih-lebih lagi jika sesuatu bank itu mempunyai berjuta-juta penerima BKM seperti Maybank.
- Walaupun tarikh yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi ialah 6 September 2021, ada juga yang tidak akan menerima pada tarikh yang ditetapkan. .
Status Terkini Duit BKM (Ada awal ada lambat masuk)
Berikut ialah senarai status terkini bagi penerima yang menerima status Berjaya Kredit.
Sila double-check tarikh pembayaran BKC di bawah.
- Bank Simpanan Nasional (BSN): Akan Dikemaskini
- CIMB Bank / CIMB Islamic Bank: Akan Dikemaskini
- Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic: . Namun, dikatakan bahawa ini adalah antara bank paling lambat akan buat bayaran. Wallahualam.
- Affin Bank / Affin Islamic Bank: Akan Dikemaskini
- Bank Rakyat: Akan Dikemaskini
- RHB Bank / RHB Islamic Bank: Akan Dikemaskini
- Bank Muamalat: Akan Dikemaskini
- Maybank / Maybank Islamic: Akan Dikemaskini
- Bank Islam: Akan Dikemaskini
- Public Bank / Public Islamic Bank: Akan Dikemaskini
- Agro Bank: Akan Dikemaskini
- Ambank / Am Islamic Bank: Akan Dikemaskini
Kalau Duit BKM Tak Masuk Lagi Apa Perlu Buat?
Jangan asyik bercakap sana-sini dan asyik menyalahkan kerajaan kenapa duit BKM tak masuk lagi.
Baca ini betul-betul.
- Jika anda terima status Gagal Kredit melalui semakan di semakan BKM, anda tak perlu tunggu masuk. Duit tetap tidak akan masuk dalam bank kerana status Gagal Kredit itu sendiri.
- Anda perlu baca cara dapatkan No Baucer BKM dan pergi ambil wang tunai di BSN. Sebelum boleh ambil di BSN, sila semak tarikh juga. Boleh buat semakan baucer BKM dan dapatkan maklumat bila dapat Baucer BKM.
Duit BKM Fasa 1 Tak Masuk Lagi?
- Bagi penerima BKM yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank, tarikh adalah tidak sama.
- Anda tidak akan menerima duit bantuan BKM pada bulan 5 ini kerana duit BKM Fasa 2 hanya akan dikreditkan pada bulan JUN.
- Ini bermakna, bayaran BKM fasa 2 hanya akan dikreditkan pada JUN bergantung kepada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.
Mohon jasa baik penerima yang sudah terima duit BKM di bawah, kongsikan juga status duit BKM sama ada telah masuk atau belum dengan kami untuk kami kongsikan dengan pengguna yang lain.
Sabah
Kota Kinabalu, Keningau, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Semporna, Tawau Beaufort, Beluran, Bongawan, Kota Belud, Kota Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Likas, Membakut, Menumbok, Nabawan, Pamol, Papar, Penampang, Pitas, Putatan, Ranau, Sipitang, Tambunan, Tamparuli, Tenom, Tuaran
Sarawak
Kuching, Miri, Bintulu, Kapit, Kota Samarahan, Sarikei, Sibu, Sri Aman Asajaya, Balingian, Baram, Bau, Bekenu, Belaga, Belawai, Betong, Bintangor, Dalat, Daro, Debak, Engkilili, Julau, Kabong, Kanowit, Lawas, Limbang, Lingga, Long Lama, Lubok Antu, Lundu, Lutong, Maradong, Marudi, Matu, Mukah, Nanga Medamit, Niah, Pusa, Roban, Saratok, Sebauh, Sebuyau, Serian, Simunjan, Song, Spaoh, Sandar, Tanjung Kudurong, Tatau
Labuan
Batu Arang, Batu Manikar, Bebuloh, Belukut, Bukit Kalam, Bukit Kuda, Durian Tunjung, Ganggarak, Merinding, Gersik, Saguking, Jawa, Parit, Kilan, Kilan Pulau Akar, Lajau, Layang-Layangan, Lubok Temiang, Nagalang, Kerupang, Pantai, Patau-Patau 1, Patau-Patau 2, Pohon Batu, Rancha-Rancha, Sungai Bedaun, Sungai Bangat, Sungai Buton, Sungai Keling, Sungai Lada, Sungai Labu, Sungai Miri, Pagar, Tanjung Aru
BKM Masuk Bank Mana? Berapa Hari bulan?
Persoalan BKM dah masuk akaun ke belum itu lain. Persoalan duit BKM masuk akaun siapa juga satu perkara yang lain.
Untuk makluman, duit BKM masuk bank mana bergantung kepada pilihan bank yang anda isikan ketika proses permohonan BKC / BPR tempoh hari.
Jika anda pilih Maybank, maka duit akan masuk Maybank. Jika pilih BSN, makan duit bantuan tersebut akan masuk BSN.
Duit BKM Masuk Akaun Siapa? Isteri atau suami?
- Ini adalah antara soalan yang popular. Untuk makluman, duit BKM akaun masuk ke dalam akaun bank pemohon. Jadi, jika anda adalah pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja dari anda yang boleh memohon.
- Pemohon di sini adalah orang yang memohon dan memasukkan nombor akaun bank semasa permohonan BKC / BPR tempoh hari.
- Tidak ada proses kemaskini BKM untuk nombor akaun dan status-status lain dibenarkan secara online.
- Contohnya, jika anda mahu kemaskini status BKM bujang kepada berkahwin, anda perlu buat pembatalan BPR bujang terlebih dahulu.
Soalan Lazim
1.Saya telah membuat Semakan Kelulusan BKM dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran BKM berkenaan?
Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan Semakan Kelulusan BKM adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad.
2.Apakah yang dimaksudkan dengan Semakan Kelulusan BKM status kredit PEMBAYARAN SECARA TUNAI?
PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKM secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKM di Kaunter BSN
3.Saya membuat Semakan Kelulusan BKM pada Menu Semakan Status dan paparan “Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKM 2022”. Apakah yang dimaksudkan dengan paparan berkenaan?
Anda tidak tersenarai sebagai penerima BKM .
4.Apakah sebab saya tidak tersenarai sebagai Penerima BKM ?
Semakan kelayakan Kelulusan BKM akan dibuat bagi penerima BKM berdasarkan data permohonan BPR / BKC 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKM adalah seperti berikut:
BIL. | ALASAN |
Data BPR 2021 | |
1 | Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021 |
2 | Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas Sebatang Kara) meninggal dunia |
3 | Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak |
4 | Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP |
5 | Bekerja / menetap di luar negara |
Data Percukaian | |
1 | Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP |
2 | Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40 |
3 | Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 |
4 | Pembayar cukai meninggal dunia |
5 | Bekerja / menetap di luar negara |
Sambungan Soalan Lazim Semakan Kelulusan BKM
5.Semakan status kelulusan permohonan BKM saya adalah dalam kategori M40. Pendapatan terkini saya adalah dalam kategori BKM . Adakah saya boleh membuat tambahan amaun BKM ?
Penentuan kategori penerima BKM adalah muktamad berdasarkan semakan permohonan BKC / BPR 2021 dan juga data percukaian yang telah dilaporkan.
6.Bila dan bagaimana semakan status BKM boleh dibuat?
Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat di Portal Rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my)
7.Pasangan saya adalah penerima BKC 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKM ?
Sekiranya penerima BKC 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKM akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BKC 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.
8. Saya tidak memohon BKC 2021, adakah saya akan layak menerima BKM ?
Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKM .
9. Saya memohon BKC 2021 tetapi berstatus tidak lulus adakah saya layak menerima BKM ?
Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKM akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKM .
10. Permohonan BKC 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKM sebagai isi rumah?
Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKM akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.
11.Saya ada membuat rayuan BKM 2022 kerana permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan tidak menepati syarat kelayakan. Adakah saya layak menerima BKM sebagai kategori B40?
Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKM akan dibuat berdasarkan kategori BKM (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.
Baca Juga: SPayLater:Cara Aktifkan/ Guna Kaedah Bayaran Secara Ansuran Di Shopee
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang semakan kelulusan BKM atau pertanyaan kenapa Duit BKM Tak Masuk, anda boleh layari portal rasmi BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang kenapa Duit BKM Tak Masuk, ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com