Rumah Idaman Selangor:Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40
Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.
Projek dengan kerjasama anak syarikat LBS Bina Group, MGB Berhad dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam, seperti yang dilaporkan melalui Selangor Kini.
Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan setiap unit rumah memiliki saiz luas dan reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga berpatutan.
“Lokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam yang akan memberi nilai tambah dalam kehidupan.
“Kita berharap Rumah Idaman ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Selangor untuk membina kehidupan lebih bermakna,” katanya dalam pengumuman khas di Facebook rasminya hari ini.
Amirudin berkata daripada enam projek itu, Rumah Idaman di Bandar Saujana Putra akan dilancarkan pada November tahun ini dan dijangka siap penghujung 2024.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rumah ini untuk makluman bersama.
Apakah Rumah Idaman Selangor?
Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.
Lokasi & Ciri Rumah
Projek itu dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.
Setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.
Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet.
Syarat Kelayakan / Kriteria Pemilikan
Sehubungan dengan itu, syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Harga Rumah Idaman Selangor
Harga bersih Rumah Idaman Selangor adalah RM250,000.
Cara Permohonan Rumah Idaman Selangor
Untuk permohonan, anda perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan berikut:
https://ehartanah.lphs.gov.my/
Senarai Projek Rumah Idaman Selangor
Berikut adalah senarai projek rumah idaman Selangor yang tersedia untuk dimohon.
- IDAMAN BSP
- IDAMAN MELUR
- IDAMAN CAHAYA
- IDAMAN KITA
- IDAMAN PERDANA
- IDAMAN SARI
- IDAMAN BUKIT JELUTONG
- IDAMAN ELMINA 4
- IDAMAN ELMINA 5
- IDAMAN ELMINA 12
Garis Panduan Permohonan
- Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
- Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
- Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan terkini berkaitan Rumah Idaman boleh dicapai melalui laman sesawang www.platselangor.com atau idamanselangor.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Rumah Idaman Selangor ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com