Cara Daftar Shopee Affiliate Program: Panduan Lengkap Pendaftaran Percuma
CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA 2021 [PANDUAN LENGKAP] HANYA SHARE LINK SAHAJA DAPAT KOMISYEN 5 ANGKA SEBULAN
Untuk makluman anda, ini adalah peluang terbesar atau pun lubuk emas kepada anda untuk mencari duit sampingan menerusi Shopee. Seperti yang anda tahu, setiap hari setiap bulan setiap tahun jumlah jualan di Shopee mencecah Bilion Ringgit Malaysia. Jadi betapa besarnya potensi yang anda akan dapat menerusi Program Shopee yang baru ini untuk anda.
Di Malaysia sahaja kita dapat lihat sekarang kebanyakan orang akan membeli di Shopee. Shopee telah mendominasi pasaran e-commerce di Malaysia malah di serantau Asia Tenggara. Jadi pihak Shopee telah melancarkan program baru yang diberi nama Shopee Affiliate Program. Program ini dibuka kepada semua yang berminat dan untuk lebih jelas sila baca penerangan di bawah ini.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Cara Daftar Shopee Affiliate program panduan untuk anda jana pendapatan dengan shopee tanpa jual barang.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Shopee Affiliate Program
Shopee Affiliate Program adalah program dimana anda hanya perlu share atau kongsi link Shopee sahaja ke mana-mana platform yang anda biasa seperti di Facebook, Instagram, TikTok , Twitter dan lain-lain. Secara ringkasnya, apabila anda mendaftar sebagai Shopee Affiliate Program, anda akan login masuk ke Shopee Affiliate Program, selepas tu anda hanya perlu pilih link produk yang anda mahu sebarkan atau kongsi dan copy link yang disediakan oleh Shopee di dalam Login Affiliate tadi dan paste link tersebut ke mana sahaja yang anda mahukan dan untuk zaman sekarang semestinya di media sosial terutama Tiktok ataupun Instagram dan juga Facebook.
Sekiranya ada orang buka link yang anda paste di media sosial dan mereka membuat pembelian, pihak Shopee akan membayar komisyen hasil daripada pembelian tersebut. Menarik kan? Semestinya menarik kerana anda tidak perlu ada produk ataupun simpan produk. Apa yang anda perlu buat adalah copy link produk yang anda mahu sebarkan atau yang anda ingin share dan paste link tersebut di media sosial yang anda mahukan dan lihat pelanggan masuk melalui link yang anda paste tadi dan jika pembelian berlaku, anda akan dapat komisyen hasil dari copy dan paste link tadi.
Sebagai contoh Shopee Affiliate Program, Encik Haziq daftar sebagai Shopee Affiliate Program Malaysia, selepas itu Encik Haziq pilih link Beyblade untuk dicopy. Selepas copy link Beyblade tadi, Encik Haziq share atau kongsi link tadi di group Whatsapp kawan dan kenalan. Dan rupa-rupanya mak sedara Encik Haziq telah membuat pembelian Beyblade kepada ananknya menerusi link yang Encik Umar Haziq kongsikan tadi. Dan secara automatik Encik Haziq akan menerima komisyen menerusi pembelian tadi. Senang kan? Kongsi atau share je ke group Whatsapp dapat duit.
Dan untuk info anda juga, jika link yang Encik Haziq kongsikan atau share tadi ada yang buka tapi tidak membuat pembelian dan dalam masa 7 hari ada yang buat pembelian, Encik Haziq tetap akan dapat komisyen tersebut.
Jadi, boleh kata apabila orang tekan link anda asalkan dia klik link affiliate anda maka setiap pembelian yang dia buat dalam tempoh 7 hari anda akan terima komisen.
Kelebihan Shopee Affiliate Program
Antara kelebihan Shopee Affiliate Program Malaysia adalah seperti di bawah ini :
- Tidak perlu ada produk
- Tidak perlu simpan stok
- Tidak perlu beli
- Pendaftaran PERCUMA
- Pendaftaran secara online
- Hanya Copy dan Paste Link sahaja
- Komisyen UNLIMITED (jika anda rajin dan ramai yang buat pembelian menerusi link anda)
Syarat Shopee Affiliate Program
Antara syarat yang paling penting adalah anda mesti mempunyai Facebook Page atau Facebook Group atau TikTok atau Youtube Channel atau Twitter atau Instagram atau Website. Anda mesti mempunyai salah 1 atau 2 daripada senarai yang kami kongsikan ini. Ini disebabkan semasa pendaftaran Shopee Affiliate anda dikehendaki memasukkan URL Media Sosial anda atau Website anda. Ini merupakan syarat paling penting.
Jadi jika anda sangat berminat dan tidak sabar untuk register dan daftar Shopee Affiliate Program ini sila buat satu atau dua Facebook Page atau Facebook Group atau TikTok atau Youtube Channel atau Twitter atau Instagram atau Website yang berkaitan dengan niche atau kategori yang terdapat di dalam Shopee.
Contohnya yang semakin poluar sekarang di Facebook adalah Group Racun Shopee Check. Anda boleh survey dan kaji cara mereka buat macam mana. Daripada situ anda akan dapat idea dan cara untuk anda melepasi syarat serta menambah pendapatan anda jika berjaya dalam permohonan Shopee Affiliate ini.
Untuk syarat lain terma dan syarat Cara Daftar Shopee Affiliate boleh rujuk di sini : https://shopee.com.my/docs/6954.
Cara Daftar Shopee Affiliate Program Panduan Lengkap Pendaftaran
Cara daftar Shopee Affiliate Program adalah seperti berikut:
- Sila layari laman web rasmi SHOPEE AFFILIATE di pautan ini : https://affiliate.shopee.com.my/.
- Tekan [ENTER NOW].
- Sila “LOG MASUK” akaun Shopee anda.
- Sila masukkan NOMBOR TELEFON/NAMA PENGGUNA/EMEL anda.
- Masukkan Kata Laluan atau Password anda.
- Tekan [LOG MASUK].
- Anda akan dibawa masuk ke Welcome to Affiliate Program.
- Step 1, sila isi maklumat di Account Information.
- Sila pilih Account Type sama ada Enterprise atau Individual.
- Jika anda pilih untuk Individual, sila masukkan Nama Penuh anda di ruangan First Name dan Last Name.
- Sila pilih Salutation anda.
- Pilih Negara “MALAYSIA”.
- Masukkan Alamat anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda dan disarankan menggunakan Emel GMAIL.
- Tekan [NEXT].
- Step 2, sila isi Butiran di bahagian Media Information.
- Sila masukkan URL Facebook Page dan Group, Instagram, TikTok, Youtube dan Website anda.
- Sila pilih Facebook Page dan Group, Instagram, Tiktok, Youtube dan Website, itu dalam Kategori apa.
- Sila pilih Partner Type biasanya kalau media sosial sila pilih Blogger/Social Media.
- Tick dimana anda tahu berkaitan Shopee Affiliate Program ini jika daripada artikel ini sila tick Search Engines (Google,Yahoo,etc).
- Sila masukkan nombor di bahagian Referred By.
- Seterusnya, tick “I agree to Shopee Affiliate Program‘s Terms of Service & Privacy Policy.”.
- Tekan “SUBMIT”.
Anda akan dapat mesej seperti ini “Thank you for your registration! Your registration has been received and will be reviewed by Shopee team. This process usually takes a few days, rest assured that we will get back to you within 5 business days and notification will be sent to your email.
Permohonan anda akan di review oleh pihak Shopee terlebih dahulu dan sila semak Emel anda dalam masa 5 hari sama ada anda berjaya atau pun tidak. Jika berjaya anda boleh mula kongsi dan share link affiliate Shopee anda.
Selesai. Semoga anda berjaya dan terus maju.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan tentang Cara Daftar Shopee Affiliate, anda boleh hubungi menerusi emel affiliate_my@shopee.com. Pihak kami sekadar berkongsi cara untuk daftar Shopee Affiliate dan memudahkan urusan anda. Semoga memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Daftar Shopee Affiliate ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate Cara Daftar Shopee Affiliate