Cara Daftar TikTok Affiliate : Jual Produk Tanpa Modal
Cara Daftar TikTok Affiliate. Tahu tak korang boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi affiliate di TikTok. Kalau dulu, TikTok dikenali sebagai platform tempat orang berhibur dan mempamerkan bakat tetapi sekarang korang dah boleh berniaga seterusnya menjana pendapatan.
TikTok memperkenalkan feature terbaru iaitu TikTok Shop, platform terbaik untuk pengguna membeli pelbagai barangan, di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik.
Tetapi bagaimana pula mereka yang tak ada produk untuk dijual? Jangan risau, untuk mereka yang tidak ada kedai di TikTok boleh bantu peniaga lain mempromosikan barangan dan dapatkan komisen dengan menjadi affiliate.
Berikut dikongsikan cara daftar TikTok Affiliate untuk panduan mereka yang ingin jana pendapatan tanpa perlu modal.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Cara Daftar Shopee Affiliate Program: Panduan Lengkap Pendaftaran Percuma
Cara Daftar TikTok Affiliate, Jual Produk Tanpa Modal
Secara asasnya sesiapa sahaja, tak kisah lah korang seorang peniaga mahupun content creator, korang kena rebut peluang buat duit dengan TikTok ni. Siapa cepat dia untung.
Untuk yang dah ada kedai di TikTok pun boleh menjadi affiliate. Ayuh tengok cara mudah untuk daftar affiliate TikTok.
Baca Juga: Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Percuma
Cara Daftar TikTok Affiliate Program
Untuk content creator pula, TikTok menawarkan TikTok Affiliate Program. Jadi tak timbul isu tiada produk hendak dijual. Lagi seronok sebab tak perlu modal.
Dalam bahasa mudah untuk difahami, affiliate program adalah apabila korang mempromosikan sesuatu produk atau pun servis dan korang dapat komisen daripada produk dan servis yang korang jual.
Kadar komisen pula bergantung kepada peniaga. Rate yang banyak ditawarkan ialah 10% hingga 20%.
Cara Daftar TikTok Affiliate
Berikut dikongsikan cara mudah untuk daftar TikTok Affiliate untuk menjadi Affiliate di Tiktok:
1. Login aplikasi TikTok
2. Pergi ke Tab Profile (icon orang)
3. Klik Menu (icon burger) di bahagian kanan atas dan pilih creator tools
4. Klik TikTok shop
5. Tekan Apply dan jika berjaya korang boleh tengok tab baru ditambah (icon shop)
Syarat untuk menjadi TikTok Affiliate products adalah anda mesti mempunyai 1000 orang pengikut dan berumur 18 tahun ke atas. Kalau peniaga tak perlu seribu followers tak jadi masalah.
Tahniah anda boleh mula menjual dan menjana pendapatan.
Klik ‘start earning’
Sebelum menjual, kena set up bank account untuk terima komisen dan kemudian boleh lah mula promot.
Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop (Affiliate)
1. Untuk masukkan dan promote poduk ke dalam TikTok Shop, klik “add products” pilih produk yang korang nak promosikan.
2. Boleh semak jumlah komisen jika berjaya jual dan syarat-syarat penjual tetapkan (jika ada).
3. Selain tu, ada juga penjual yang tawarkan “free sample”. Untuk dapatkan free sample, Klik ‘Request’ – isi maklumat diperlukan dan tekan submit.
4. Tunggu pengesahan dari penjual dan kena patuhi syarat korang kena buat video dan promot sample yang akan di hantar kepada korang dalam tempoh yang diberikan.
Ada dua pilihan diberikan, samaada buat video berkaitan produk ataupun buat “live”. Jangan lupa sebelum post video masukkan link & jadikan bakul oren aktif.
Cara Request Sample Produk Percuma Dari Seller
Anda juga boleh Request produk yang anda minat dari para penjual atau seller yang ada dalam tiktok shop. Jika permohonan sample anda diluluskan oleh penjual, anda akan mendapat sample tersebut secara percuma kemudian hanya perlu mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh penjual tersebut.
Request details:
- Awaiting Approval (Seller will respond in 3 days)
- Request approved by seller
- Shipping sample
- Video or Live posted
Untuk pastikan orang nak beli produk tu kena lah hasilkan video yang menarik. Nak promosikan barang affiliate pun banyak pantang larang TikTok harus dipatuhi.
Kalau post video yang tak ada produk sebagai konten tapi masukkan link affiliate juga dikira menyalahi undang-undang.
Cara Buat Akaun TikTok Shop
Cara membuat akaun TikTok shop cukup mudah dilakukan meskipun melalui hp
Sebagai salah satu syarat paling penting untuk melakukan program TikTok affiliate, berikut informasi cara membuat akun TikTok shop yang boleh anda cuba.
- Klik atau ketikkan url berikut pada browser kamu, seller-id.tiktok.com/account/welcome
- Pilih Sign up with TikTok account
- Pastikan kamu sudah masuk ke akaun, jika belum silakan login terlebih dahulu
- Tentukan salah satu metode yang diinginkan
- Setelah berhasil masuk, kamu akan diminta menyetujui beberapa hal untuk Authorize TikTok Shop
- Setelah memberi izin semua poin, tekan Authorized
- Ketikkan alamat email dan nomor telefon untuk melakukan verifikasi, kemudian tekan next
- Masukkan informasi mengenai bisnes kamu, iaitu alamat kedai, jenis bisnes, nama kedai, alamat gudang/kedai, nama kontak, nomor telefon, dan gudang pengembalian
- Tandakan pernyataan terakhir pada halaman informasi dasar
- Setelah data berhasil dimasukkan, kamu perlu melakukan verifikasi menggunakan data IC. Pada tahap ini pastikan kamu telah menyiapkan IC untuk melakukan selfie sambil memegang IC
- Masukkan data terkait yang diperlukan
- Tekan simpan
- Proses pendaftaran selesai, kamu perlu menunggu email balasan dari TikTok
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Daftar TikTok Affiliate atau sebarang pertanyaan berkaitan Cara Daftar TikTok Affiliate anda boleh layari https://seller-my.tiktok.com/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Daftar TikTok Affiliate ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Cara Daftar TikTok Affiliate