Dual Language Programme Malaysia:Pengenalan & Maklumat Penting DLP
Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan 13 perkara penting yang perlu kita ketahui dan fahami bersama berkaitan dasar pelaksanaan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP). Ibu bapa dan guru-guru perlulah mengetahui dan memahami berkaitan perkara ini kerana ini melibatkan anak-anak dan murid-murid mereka.
Umum sedia maklum, Program Dwibahasa (Dual Language Programme) iailag program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) yang lain.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) :
1.Apakah yang dimaksudkan dengan Dual Language Programme (DLP)?
Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.
2.Bagaimana Dual Language Programme DLP menyokong dasar pendidikan?
Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global.
3.Adakah ini satu cara berbalik kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?
Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.
Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).
Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
4.Tidakkah kelas bahasa Inggeris mencukupi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris?
Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM).
DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
5.Adakah semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan Dual Language Programme DLP?
Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah.
6.Adakah UPSR disediakan dalam dwibahasa?
Ya. Kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
7.Adakah PT3 disediakan dalam dwibahasa?
Ya. Kertas PT3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
8.Apakah bahasa pengantar yang akan digunakan bagi pentaksiran pusat bagi UPSR PT3 SPM & STPM?
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
9.Adakah pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat akan menggunakan dwi bahasa?
Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu disediakan dalam dwi bahasa.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing
10.Adakah murid dibenarkan untuk menjawab soalan peperiksaan dalam kedua-dua bahasa?
Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
11.Bagaimanakah KPM menangani isu penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Matematik Sains dan mata pelajaran STEM?
Jangka pendek
- ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP.
Jangka panjang
- KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa Inggeris (major atau minor).
12.Adakah guru-guru Sains dan Matematik akan dibayar BISP?
Tidak.
13.Bagaimanakah kelas Dual Language Programme DLP dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran guru?
JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran guru.
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman khususnya kepada ibu bapa dan warga pendidik sekalian berkaitan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Dual Language Programme (DLP) ini anda boleh semak pekeliling kpm melalui laman kpm.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Dual Language Programme (DLP) ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com