Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank
Duit hilang dalam akaun?
Pastikan anda mengetahui hak anda sebagai pelanggan bank dan tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.
Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba lesap, anda tentulah panik lebih-lebih lagi sekiranya amaun wang tersebut besar.
Namun, sekiranya jumlah wang tersebut hanyalah kecil, itu tidak bermakna anda boleh membiarkannya sahaja kerana ianya tetap hak anda!
BUNTU DUIT HILANG DALAM AKAUN BANK ANDA – INI CARA BUAT LAPORAN DAN DAPATKAN SEMULA DUIT ANDA
Mesti ramai yang panik bila tiba-tiba duit dalam bank kena tolak walaupun kita tak melakukan sebarang transaksi.
Kalau setakat RM5-RM10 tu tahanlah lagi, ni ada yang sampai beratus-ratus dan beribu-ribu entah dari mana!
Apa yang sepatutnya kita buat dan bagaimana nak dapatkan balik duit yang hilang dalam akaun tu
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil anda dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.
Cara Dapatkan Semula Duit Bank Hilang
Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank mengikut beberapa turutan adalah seperti dibawah. Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan kembali duit anda yang hilang.
1. Maklumkan kepada pihak bank
Sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun, segera hubungi pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad debit atau kredit anda.
Bagi memudahkan urusan pihak bank, pastikan anda mencatat butiran-butiran penting berikut:
- Jumlah wang yang hilang
- Anggaran masa transaksi wang
- Nombor akaun atau nama penerima wang (sekiranya ada), boleh disemak melalui akaun perbankan internet anda (Maybank22u, CIMB Clicks, iRakyat dll)
- Lebih baik sekiranya bukit-bukti ini boleh disertakan sekali melalui gambar/screenshot untuk dikongsikan dengan pihak bank.
- Bergantung kepada sesuatu kes, bank mungkin akan membekukan akaun anda sehingga selesai menjalankan siasatan dan menghalang transaksi dari akaun penerima yang sama.
2. Laporkan kepada pihak polis
Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balaii polis berhampiran anda dengan membawa bersama bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.
Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.
Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).
3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan
- Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.
- Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.
- Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli sehingga tempoh 14 hari bekerja.
- Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.
5. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia
Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:
- Borang telelink BNM
- Talian BNM:
- Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
- Luar Negara: +603-21741717
- Cawangan BNM negeri anda
Tips Dari Peguam: Cara Buat Laporan Jika Duit Hilang Dalam Akaun Bank
1) HUBUNGI TALIAN HOTLINE BANK ANDA UNTUK MEMBUAT SEKATAN KE ATAS AKAUN ANDA.
Pertama sekali, sila maklumkan kepada pihak bank anda mengesyaki pihak lain melakukan transaksi tanpa kebenaran anda.
Minta bank block transaksi yang sama supaya tiada lagi transaksi boleh dilakukan oleh individu yang tidak diketahui itu.
Kadang-kadang ada kes transaksi dilakukan berkali-kali sampai habis duit dalam akaun bank, barulah kita sedar!
2) KUMPUL BUKTI
Antara bukti yang perlu anda semak dan cari
Mesej pengeluaran/pemindahan yang diterima daripada pihak bank ke telefon anda.
Screenshot online transaction daripada website bank anda (sekiranya anda mempunyai akaun untuk online transaction.).
Jika tidak, boleh minta salinan transaksi di kaunter bank.
2) REPOT POLIS
Buat report polis di balai polis berhampiran mengenai pengeluaran/ pemindahan duit yang berlaku.
Bawa dokumen dan bukti yang telah dikumpulkan.
3) PERGI KE CAWANGAN BANK TEMPAT ANDA BUKA AKAUN
Namun sekiranya jauh dari tempat anda berada sekarang, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan.
Bawa segala dokumen yang berkaitan termasuk repot polis.
Maklumkan kepada pihak mereka kejadian yang berlaku. (Pihak bank akan memaklumkan tempoh masa untuk mereka melakukan siasatan).
Ambil nombor telefon pegawai bank yang berurusan dengan anda.
4) ANDA BOLEH TUNGGU SEHINGGA DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK
Bank mungkin akan mengambil masa untuk menjalankan siasatan dan memaklumkan anda semula tentang kes ini.
Jadi, anda perlu hubungi bank dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan tentang kes kehilangan wang anda.
5) MEMBUAT LAPORAN DI BANK NEGARA
Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah dengan membuat laporan di Bank Negara Malaysia.
Talian BNM Telelink
Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
Luar Negara: +603-21741717
Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)
Laman Web
Pautan: Borang eLink BNM
Pusat Khidmat Pelanggan
BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
Bank Negara Malaysia
Blok D, Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tapiiiii KENA INGAT ni. Bank negara telah memaklumkan bahawa sebelum isi form ni, kita sebagai pengguna perlu BERUSAHA mendapatkan penyelesaian dengan Unit Aduan institusi kewangan/pengeluar instrumen pembayaran.
Maksudnya, kita sedaya upaya kena cuba berurusan dengan bank dahulu berkenaan isu hilang duit. Sudah pasti apabila kejadian duit hilang ni di adukan pada bank, pihak bank akan menyiasat terlebih dahulu dan akan memaklumkan pada anda apa yang berlaku.
Sekiranya anda MASIH TIDAK BERPUAS HATI dengan maklum balas/ hasil siasatan pihak bank, barulah anda boleh isi borang ini. Sila BACA dan HADAM info sebelum isi borang tersebut kerana Bank Negara meletakkan beberapa kondisi/ syarat sebelum isi form.
Sila baca maklumat lanjut di website Bank Negara di link di bawah:
http://www.bnm.gov.my/
6) JIKA TIDAK MAHU MENUNGGU LAMA, ANDA BOLEH MENGHANTAR LETTER OF DEMAND (LOD) KEPADA PIHAK BANK
Lantik peguam untuk menyediakan LOD bagi mendapatkan penjelasan tentang transaksi yang berlaku tanpa pengetahuan anda.
Peguam akan request pihak bank untuk melakukan siasatan dalam tempoh yang diberikan.
Sekiranya penjelasan yang di berikan oleh pihak bank tidak memuaskan, atau anda mendapati wujud faktor kelalaian, atau kemungkinan data privasi anda dicerobohi, anda boleh mengambil tindakan lanjut dengan MEMFAILKAN SAMAN.
Kos untuk menyediakan LOD tidak seperti kos memfailkan saman. Ia jauh lebih murah dan merupakan langkah yang cepat jika anda ingin mendesak bank meneliti apa yang berlaku pada akaun bank anda dengan kadar segera. Namun perlu diingat, langkah ini hanyalah membantu mempercepatkan proses siasatan. Ini bukanlah suatu jaminan bahawa duit anda akan dipulangkan!
Setelah maklum balas diperolehi dari pihak bank, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pihak bank, anda boleh mendapatkan nasihat daripada peguam anda untuk langkah seterusnya.
Pengalaman Dapatkan Semula Wang Yang Hilang Dalam Akaun Bank (Maybank)
Melalui Twitter, seorang pengguna menceritakan pengalaman beliau yang berjaya mendapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank dalam masa 18 hari.
Katanya ada scammer dari Facebook yang buat illegal transaction dengan matawang USD di akaun Maybank miliknya.
Kalau ikutkan Maybank akan ambil masa 60 hari untuk siasatam dan tak jamin akan dapat balik duit tu.
Ok, diharapkan perkongsian inisedikit sebanyak dapat memberi ‘sinar’ pada anda yang kehilangan wang di akaun bank. Yelah, mungkin ramai yang kata susah nak dapat balik duit tu kan…Tapi sebenarnya boleh jika kita adukan mengikut langkah yang betul.
Yang penting jangan panik ya!
Cuba ikuti langkah ini untuk salurkan laporan anda.
Semoga tips ini dapat membantu anda mendapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenaiCara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com