Login EPSA KPM:Cara Login Daftar Kursus Guru (epsa.gov.my)
Login EPSA, sistem EPSA ialah kependekan untuk E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN. Bagi kakitangan kerajaan, anda digalakkan untuk terus buat pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Jadi, mesti perlu tahu bagaimana cara login EPSA dan daftar untuk menggunakannya.
Baca Juga: Login eOperasi Kemaskini Maklumat: Melalui eoperasi.moe.gov.my
Login EPSA
Sebelum boleh menggunakan login EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu. Ikuti panduan seperti di bawah:
Cara Daftar EPSA
Sebelum boleh login EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Berikut ialah langkah untuk daftar EPSA.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
- Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar login EPSA
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
- Masukk email rasmi
- Tekan butang Daftar pada papan kekunci
- Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
- Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
- Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan
Baca Juga: Login PAJSK KPM:Cara Masukkan Markah, ID, Semakan & Cara Log Masuk (pajsk.moe.gov.my)
Cara Login EPSA
Setelah selesai proses daftar EPSA, berikut ialah cara untuk login EPSA pula.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam login EPSA
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut
Baca Juga: SPL KPM:Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)
Pertama Kali Log Masuk EPSA
First Time Login EPSA
Apabila anda berjaya Log Masuk EPSA login buat pertama kali, sistem akan memaparkan borang soal selidik. Anda perlu lengkap borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) skrin.
Anda boleh sahaja tekan butang Langkau untuk tidak menjawab soal selidik ini.
Walau bagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali anda login EPSA, sehingga anda selesai menjawab kesemuanya sekali.
Baca Juga: Login SPLKPM Modul Individu:Cara Login Sistem Pengurusan Latihan KPM Guru
EPSA Untuk Guru KPM
Golongan guru juga digalakkan untuk memanfaatkan login EPSA atas tujuan melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM.
Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Baca Juga: DELIMa KPM : ID, Password, Log Masuk & Cara Guna.
Soalan Lazim
1.Bagaimanakah cara untuk mendaftar pada sistem login EPSA?
Pendaftaran Keahlian login EPSA hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu klik butang ‘Daftar’. Langkah-langkah pendaftaran keahlian adalah seperti berikut:
A.Pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan
- Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel
- Klik butang ‘Daftar’
- Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput
- Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem login EPSA
B.Pengguna yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan
- Klik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyelia
- Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirian
- Pengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia
- Klik butang ‘Daftar’
- Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja
- Terima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
2.Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem EPSA?
Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem EPSA.
3.Bolehkah pengguna menggunakan e-mel persendirian?
Sekiranya, pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi Jabatan, maka surat sokongan yang menyatakan pengguna adalah merupakan pegawai atau kakitangan kerajaan perlu dimuat naik sebelum mengklik butang ‘Daftar’ untuk pengesahan.
4.Bagaimana jika pengguna telah bertukar jabatan/kementerian?
Selepas Log Masuk, pengguna hanya perlu mengemaskini informasi pengguna seperti e-mel dan alamat pada link Kemaskini Profil.
5.Bagaimana hendak mendaftar kursus di EPSA?
Pengguna boleh mendaftar kursus di EPSA melalui Katalog Kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:
- Klik ‘Log Masuk’ ke EPSA login
- Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.
6.Bagaimana kaedah pembelajaran kursus melalui EPSA?
Pembelajaran melalui login EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.
7.Bagaimanakah bentuk bahan pembelajaran kursus melalui EPSA?
Cara pembelajaran melalui login EPSA adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna EPSA. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna EPSA.
8.Adakah kursus melalui login EPSA diambilkira/diiktiraf oleh Jabatan/Agensi untuk mencapai tujuh (7) hari berkursus setahun?
Bergantung kepada polisi jabatan/agensi masing-masing, namun menurut catitan daripada Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Ogos 2008 telah merekodkan EPSA sebagai salah satu kategori Program Latihan iaitu Pembelajaran Kendiri. JPA mengiktiraf kursus yang dijalankan melalui login EPSA adalah sebanyak 3 hari daripada 7 hari kursus setahun dengan kiraan 6 jam bersamaan dengan 1 hari kursus.
Baca Juga: DidikTV TV Pendidikan KPM:Semakan Saluran & Waktu Siaran
Maklumat Lanjut & Partanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan EPSA boleh layari https://www.epsa.gov.my/?language=ms atau hubungi:
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603 – 2084 7689
Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai ‘Lupa Kata Laluan EPSA’ di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel. Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP) .
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pekej Login EPSA portal kursus penjawat awam Kementerian ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com