mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu portal baharu yang dikenali sebagai Portal mySIKAP yang boleh dilayari di public.jpj.gov.my. Anda boleh melakukan pelbagai urusan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan perlesenan pemandu mySIKAP.
Izinkan kami berkongsi.
Jika anda ingin memperbaharui lesen memandu tanpa perlu hadir ke pejabat pos atau kaunter JPJ baca: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen. Baucer Free Shipping Shopee&Lazada
Apa Itu mySIKAP
MySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Pellbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
- Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
- Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
- Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
- Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom
Untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan tanpa perlu hadir ke pejabat pos atau mana-mana kaunter JPJ anda boleh lihat di sini: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG. Baucer Free Shipping Shopee&Lazada
Perkhidmatan mySIKAP public.jpj.gov.my
Antara perkhidmatan yang anda boleh lakukan di portal ini ialah:
1. Lesen memandu
- Pembaharuan lesen memandu
- Permohonan permit memandu antarabangsa
- Rayuan lesen memandu tamat tempoh
- Penukaran lesen dari asing/ tentera/ anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas
2. Kenderaan
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
- Memohon atau membatalkan kenderaan untuk sementara waktu
- Pindah milik sukarela
- Membatalkan pendaftaran kenderaan
3. Kesalahan dan Penalti
- Semakan dan pembayaran saman/notis/penalti kenderaan anda
- Status kenderaan (senarai hitam atau dirampas)
- Mata KEJARA
- Tempoh penggantungan lesen
4. Perkhidmatan Lain
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj
- Rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM
Baca Juga: Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
Syarat-syarat Pendaftaran Portal mySIKAP
Berikut adalah syarat-syarat untuk anda membuka akaun di portal:
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah.
- Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Baca Juga: Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma
Kategori Pengguna Berdaftar mySIKAP
Terdapat dua kategori pengguna berdaftar di mySIKAP iaitu:
1. mySIKAP Persendirian
- Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka.
- Nombor rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna.
- Nombor rujukan juga boleh dijana secara online untuk eID Awam.
Terdapat 2 tahap capaian:
eID Standard:
- tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari)
- tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar
- boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal mySIKAP
eID Advance:
- perlu pengesahan biometrik (Cap jari)
- perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan
- boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di mySIKAP
Berikut ialah perkhidmatan yang ditawarkan di portal public.jpj.gov.my :
2. mySIKAP Syarikat
- Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan.
- Pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ dengan membawa nombor rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
Baca Juga: Temujanji Pejabat Pos Online:Cara Buat Temujanji Urusan JPJ Pos Malaysia
Cara Mendaftar mySIKAP public.jpj.gov.my
a) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun persendirian:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Pilih Kategori ID.
- Isikan butiran berikut:
- No. MyKad
- Telefon bimbit
- Emel
- Pengesahan emel
- No. Rujukan (hanya untuk eID Advance – anda perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan ini)
- Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
- Tekan Teruskan.
- Semak dan sahkan maklumat, tekan Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar pada emel yang didaftarkan.
- Anda akan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dan boleh menukarnya setelah log masuk kali pertama.
- Selesai
b) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun syarikat:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Tekan Pendaftaran ID Syarikat.
- Masukkan butiran yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan berdasarkan jenis pendaftaran.
- Tekan Teruskan.
- Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan.
- No. Rujukan akan dipaparkan kepada anda. Tekan Cetak.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
- Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di cawangan JPJ dan perlu membawa slip no. rujukan dan dokumen sokongan asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh no. rujukan dijana untuk pengesahan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.
Baca Juga: myASNB:Cara Daftar myASNB & Cara Login ASNB Online
Cara Log Masuk Kali Pertama Di public.jpj.gov.my
Berikut adalah cara log masuk kali pertama mySIKAP:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
- Tekan Log Masuk.
- Anda sudah boleh meneruskan urusan anda.
Ketahui Juga: Mohon Sijil Peperiksaan Baru:Cara Permohonan Sijil Pelajaran Baru Rosak/Hilang
Lupa Kata Laluan public.jpj.gov.my
Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menukar kata laluan baru dengan mudah. Berikut adalah cara-caranya:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Lupa Kata Laluan?
- Masukkan ID Pengguna, Emel Berdaftar dan Kod Sekuriti.
- Tekan Hantar.
- Masukkan jawapan Soalan Sekuriti.
- Tekan Simpan.
- Anda akan diberi no. TAC melalui emel anda.
- Masukkan no. TAC, Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.
- Tekan Hantar. Anda sudah berjaya menukar kata laluan anda.
Baca Bantuan Kerajaan: BKC 2021: Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19
Cara Check Saman JPJ MySIKAP(public.jpj.gov.my)
- Untuk membuat semakan saman JPJ mySIKAP anda, pastikan anda telah daftar dengan portal MySikap terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan saman JPJ guna MySikap:
- Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
- Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk mySIKAP
- Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
- Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya mySIKAP:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
- Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
- Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
- Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
NOTA: Amaun yang terpapar adalah selepas diskaun yang diberikan.
Selesai membuat semakan saman JPJ anda.
Bantuan Kerajaan Untuk Peniaga Shopee: Program Jana Niaga Mara Shopee 2021: Cara Permohonan Baucer Kedai & kredit Iklan RM800
Cara Bayar Saman JPJ MySIKAP(public.jpj.gov.my)
Untuk membuat pembayaran saman JPJ di MySikap, berikut adalah caranya:
- Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
- Log masuk mySIKAP menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
- Anda akan dibawa ke paparan halam utama MySikap. Untuk membuat semakan, klik pada Kesalahan & Penalti.
- Kemudian semak maklumat anda di bahagian Butiran Saya:
- No Pengenalan
- Nama
- Kategori
- Pada bahagian Pembayaran Saman, pilih No Pengenalan.
- Masukkan no Kad Pengenalan anda atau sesiapa sahaja yang ingin membuat semakan saman. Seterusnya tekan Cari
- Sekiranya anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di paparan.
- Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh lihat di bahagian Butir-Butir Saman. Malumat yang akan terpapar adalah:
- No Saman
- No Pendaftaran Kenderaan
- Status
- Keterangan
- Amaun (RM)
NOTA: Amaun yang terpapar mySIKAP adalah selepas diskaun yang diberikan.
- Seterusnya anda boleh pilih saman yang anda ingin bayar, kemudian klik pada Bayar Saman di bahagian bawah.
- Semak kembali saman anda ingin bayar di bahagian Keterangan Transaksi.
- Pilih kaedah yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran iaitu:
- Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
- Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
- Tekan pada Bayar. Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda selesai.
Bagi pencari kerja baca: SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai portal MySikap, anda boleh:
- Layari web rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/ atau
- Hubungi talian hotline JPJ: 03 8000 8000.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang mySIKAP ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com mySIKAP